» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Dinafi hak berilmu

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


MENINGKATKAN taraf pendidikan secara global adalah mekanisme terbaru dilakukan dunia dalam memperting katkan nilai pembangunan sosial dan ekonomi sekali gus membantu rakyat lebih berilmu, berdaya saing serta ber pendidikan menghadapi cabaran.

MENINGKATKAN taraf pendidikan secara global adalah mekanisme terbaru dilakukan dunia dalam memperting katkan nilai pembangunan sosial dan ekonomi sekali gus membantu rakyat lebih berilmu, berdaya saing serta ber pendidikan menghadapi cabaran.

Malangnya, kerenah birokrasi, kekurangan sokongan dan prasarana serta sikap kurang peduli kerajaan terutama di negara miskin membantutkan usaha melahirkan warga celik ilmu.


Mereka dibiarkan terus mewarisi kemiskinan dan terbiar tanpa pembelaan kerana tidak mampu membayar harga pendidikan yang mahal.

Natijahnya, golongan ini terus buta huruf dan mewarisi kemiskinan sekali gus menggagalkan usaha masyarakat an tarabangsa memberi pendidikan tanpa had dan sempadan.

Pada masa sama, mereka yang lebih berkemampuan mampu memiliki pendidikan sempurna sekali gus mewarisi kejayaan dan kekayaan pada masa depan.

Kedua-dua senario itu bukan saja terus mewujudkan jurang namun mencetuskan tekanan dan masalah berpanjangan.

Mengakui itulah antara dilema utama dihadapi kebanyakan masyarakat negara dunia ketiga, Naib Canselor Universiti Cambodia Mekong (CMU), Kemboja, Ban Thero berkata diskriminasi itu mewujudkan masyarakat yang mempunyai perbezaan sosial hingga menyukarkan misi pendidikan.

Menurutnya, meskipun tanggungjawab merealisasikan ke pentingan pendidikan dilaksanakan tanpa diskriminasi, ada halangan terpaksa dihadapi, antaranya mentaliti masyarakat dan kerenah pihak tertentu.

“Aspek pembangunan ekonomi adalah agenda utama yang sukar dinafikan peranannya bagi kebanyakan negara miskin namun tanpa sokongan pendidikan, usaha itu juga pasti tidak akan berhasil.

“Pendidikan adalah aspek yang perlu diberi penekanan pada masyarakat kerana pengetahuan mereka akan menjana nilai pembangunan pada masa depan.

“Malangnya, aspek ini diabaikan kerana memberi fokus pada penjanaan pembangunan ekonomi tanpa disertai kualiti pendidikan mantap.

“Cara ini pincang, asasnya rapuh yang menyukarkan usaha melahirkan golongan berilmu pada masa depan. Lebih me nakutkan lagi, lahir golongan rakus yang tidak boleh berfikir secara rasional, tetapi mementingkan diri sendiri sema ta-mata,” katanya ketika ditemui sewaktu program pen didikan dan kemanusiaan Management and Science Uni versity( MSU) ke Kemboja, baru- baru ini.

Menerusi program itu, MSU bertukar pendapat dengan CMU mengenai kaedah mempertingkatkan hubungan aka demik antara kedua-dua institusi selain beramah mesra bersama warga kampus.

Ia juga sebahagian daripada program pengantarabangsaan MSU sebagai institusi terkenal dalam pengendalian akademik dan sahsiah pelajar.

Thero berkata, pembentukan nilai murni masyarakat boleh dilahirkan menerusi pendidikan kerana ia asas pembangunan sahsiah diri insan.

Menurutnya, pendidikan bukan bermakna seseorang itu menjadi bijak secara total, tetapi mampu berfikir dan mem buat keputusan matang serta tidak lari daripada konsep kemanusiaan.

“Walaupun bergelut dengan kemiskinan, aspek pemba ngunan insan melalui pendidikan adalah jawapan penyediaan aspek cemerlang generasi masa depan.

“Melaluinya, bukan saja ia berjaya melahirkan kelompok yang berfikiran dan berpandangan jauh, malah mampu mentadbir negara dengan penuh keupayaan. Kejayaan itu hanya boleh diperoleh sekiranya ada pendidikan mantap.

“Malangnya, kebanyakan masyarakat hanya lihat dan me nuju pada satu aspek berbentuk fizikal dengan mengenepikan keperluan kekuatan jasmani serta rohani. Jika golongan ini jadi pemimpin, dikhuatiri mereka tidak rasional selain kurang bersedia sekiranya diasak menggunakan senjata emosi,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui usaha membangunkan pendidikan di negara miskin sukar kerana di samping kekurangan prasarana, nilai pendidikan mahal serta pelbagai kerenah membantutkan usaha.

Menurutnya, skeptikal di kalangan masyarakat terutama generasi lama juga satu cabaran kerana mentaliti mereka dibelenggu tanggapan pendidikan tidak penting berbanding penjanaan ekonomi keluarga.

“Cabaran menukar minda golongan ini paling sukar di tangani sebab mereka fikir tidak payah belajar tinggi kerana pengakhirannya juga adalah kemiskinan.

“Tanggapan itu secara tidak langsung menghalang niat pihak prihatin menyalurkan bantuan pendidikan meskipun paling asas. Penolakan menyebabkan nasib generasi muda yang ingin belajar terkubur.

“Mereka yang mahu ke sekolah pula terpaksa berdepan cabaran harga pendidikan mahal, kekurangan kemudahan dan sebagainya. Semua konflik ini mewujudkan tekanan sekali gus mengancam misi pendidikan diatur,” katanya.

Thero juga memberi gambaran bagaimana golongan berada sentiasa mencari peluang pendidikan kerana yakin mampu membantu menjana pembangunan negara pada masa de pan.

“Ini juga faktor kenapa warisan kekayaan dan kekuasaan terus berada di tangan kelompok sama. Selain mempunyai wang untuk mendapat pendidikan, golongan ini sentiasa berpandangan jauh dan percaya pada kuasa pendidikan.

“Malangnya kita tidak boleh menyalahkan golongan miskin yang menolak pendidikan. Jika anda diberi pilihan makanan enak untuk terus hidup dan pendidikan yang belum tentu menjamin masa depan, apakah pilihannya?

“Kesukaran ini menyebabkan kemiskinan dan kemunduran sukar dibanteras manakala pendidikan terus tercicir di ka langan kelompok ini. Ada usaha dilakukan, tetapi tetap menemui jalan buntu disebabkan penolakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau optimis ada cara boleh digunakan bagi mengatasi kemelut ini, antaranya peranan agresif yang dilaksanakan masyarakat antarabangsa terhadap kepentingan pendidikan.

“Selalunya, masyarakat antarabangsa tidak melupakan tang gungjawab pendidikan, malah sentiasa dipergiatkan misalnya menerusi kempen, ceramah dan kunjungan.

“Meskipun peratusannya masih sedikit, sekurang-kurang nya kejayaan memihak terhadap usaha ini. Diharap ke bangkitan generasi baru celik ilmu mampu membangunkan negara sekali gus membawanya keluar daripada kepompong penderitaan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker