» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Al-Madani bukan kampungan

Oleh D J Dolasoh
rencana@hmetro.com.my



>Profil

NAMA SEKOLAH: SM Teknik, Grik, Perak


PENGETUA: Abdul Rahim Syamsuddin

BILANGAN GURU: 50

BILANGAN PELAJAR: 555

GURU PENYELARAS: Mohd Ramli Salleh

GURU JURULATIH NASYID: Ismah Abdul Ghani Azmi

KELAB: Kumpulan Nasyid Persatuan Agama Islam

TARIKH DITUBUH: 2001

BILANGAN AHLI: 25



BERTERASKAN objektif untuk menyampaikan mesej dak wah melalui lagu di samping menggunakan bakat untuk menasihati antara satu sama lain, pasukan nasyid Persatuan Agama Islam Sekolah Menengah Teknik, Grik, Perak di tubuhkan dan ia kian dikenali ramai.

Pasukan ini pernah dinobatkan johan kategori nasyid, Majlis Tadarus Al-Quran antara sekolah menengah anjuran Ke menterian Pelajaran peringkat Perak dan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan pada 2005 selain menjadi johan peringkat daerah termasuk pertandingan Mahrajan Kesenian Islam.

Dinamakan Al-Madani, kumpulan ini juga kini sering dipelawa membuat persembahan di pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi di seluruh negeri.

Guru Penyelaras, Mohd Ramli Salleh, berkata meskipun penubuhannya masih dianggap baru, kumpulan nasyid se kolah itu sudah berupaya menarik perhatian pelbagai pihak dan menerima banyak undangan mengadakan persemba han.

Ini sekali gus mencetuskan semangat untuk bersaing serta memberi pendedahan terhadap pembinaan sahsiah diri.

“Pada awal penubuhan, kami hanya mahu ahli Persatuan Agama Islam mempelbagaikan aktiviti di sekolah, tetapi ia menjadi satu kumpulan diminati semua warga sekolah apabila menunjukkan persembahan menarik.

“Kumpulan Al-Madani kini boleh berbangga apabila ia bukan lagi sekadar kumpulan nasyid kampungan kerana beberapa kali berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan selain mendapat banyak undangan me ngadakan persembahan.

“Kami berharap pendedahan dan pengalaman yang diraih mampu menjadikan kumpulan ini setanding kumpulan lain meskipun ahlinya hanya terdiri daripada pelajar,” katanya.

Aktiviti ahli kumpulan seramai 10 orang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima ini tidak mengganggu pembelajaran kerana latihan dilakukan di luar pembelajaran termasuk pada waktu malam.

Kejayaan kumpulan ini digeruni lawan kerana kesepakatan ahli sewaktu persembahan di samping latihan berterusan.

Lagu persembahan bukan saja berbentuk kontemporari, tetapi pelbagai rentak dan irama padang pasir.

Penyanyinya, Muhammad Izzat Afif Hasim, berkata generasi muda khususnya perlu didedahkan dengan lagu nasyid kerana ia boleh membantu memperbaiki akhlak atau prestasi pembelajaran.

“Pemantapan akhlak bukan saja diperoleh melalui cabang ilmu, tetapi pendedahan persekitaran. Menyertai kumpulan ini meningkatkan keyakinan dan membentuk hubungan mesra bersama rakan.

“Kemenangan diraih meningkatkan lagi azam kumpulan memberikan persembahan terbaik dan kami sudah bersedia menghadapi apa jua persaingan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker