» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Jururawat penjaga profesional

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my



SEJARAH kerjaya jururawat dicetuskan srikandi warga England, Florence Nightingale yang menjaga dan merawat mereka yang sakit ketika peperangan

Sejak itu, kerjaya ini semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan ramai.


Hari ini, jururawat diiktiraf antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi masyarakat seluruh dunia dan ia bukan terhad kepada wanita namun turut dikuasai lelaki.

Menyedari prospek cerah kerjaya ini, banyak institusi pengajian tinggi menawarkan pengkhususan dalam bidang ini di peringkat sijil dan diploma, antaranya Universiti Malaya, Kolej Poly Tech Mara dan Kolej Mahsa.

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah se seorang yang bertugas sebagai penjaga profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi yang sihat dan menangani kecemasan dalam semua keadaan mem bahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Secara amnya, tugas jururawat adalah memberi rawatan kepada pesakit dan menjadi pembantu secara tidak langsung kepada doktor.

Jururawat juga bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi, pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat. Di United Kingdom, tugas jururawat turut meliputi tugasan di satu jabatan seperti pembantu perubatan terlatih serta pakar pemakanan.

Bidang ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik.

Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan akan dilantik ke jawatan lebih kanan seperti ketua jururawat, penyelia ju rurawat dan ketua penyelia jururawat.

Malah, ada jururawat menjadi pensyarah di institusi pe ngajian tinggi apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah.

Bagi yang menggemari kerjaya ini dan ingin melanjutkan pengajian, perlu mempunyai kelayakan setara terutama Ma tematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Mereka juga perlu menunjukkan komitmen terhadap pe sakit, sabar serta tidak ‘gentar’ berdepan darah dan komited menjalankan tugas tanpa mengira waktu.

Justeru, bagi mengenang jasa jururawat, tarikh 12 Mei setiap tahun diangkat sebagai sambutan Hari Jururawat Sedunia.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker