» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari ‘Isu kuota UiTM tak relevan’






ISU panas berkenaan tindakan Menteri Besar Selangor yang mengesyorkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil 10 peratus mahasiswa bukan Bumiputera, baru-baru ini bukan saja mengundang reaksi negatif pelbagai pihak malah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti berkenaan turut memberikan reaksi serupa.

Yang Dipertua MPPUiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris, berkata seluruh mahasiswa membantah cadangan itu kerana berpendapat UiTM ditubuhkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera.


Menurutnya, UiTM sebagai simbol kejayaan dan hak Bumiputera wajar dipertahankan bagi menjamin kegemilangan serta mutu pendidikan pada masa depan.

“Cadangan itu tidak wajar kerana lebih bermotifkan politik semata-mata. UiTM milik Bumiputera dan keistimewaan itu tidak boleh dipertikai atau disentuh.

“Sudah banyak institusi pendidikan lain dibuka kepada bukan Bumiputera, mengapa UiTM juga perlu melakukannya?

“Justeru, MPPUiTM dan seluruh mahasiswa membantah keras dan berharap isu mengenainya tidak ditimbulkan lagi. Pihak yang suka menimbulkan kekecohan ini perlu meneliti artikel 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berkenan hak orang Melayu sebelum membuat apa jua cadangan,” katanya.

Mengenai persaingan sihat jika UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera, beliau berkata, isu itu tidak relevan kerana mahasiswa UiTM sudah diiktiraf dan dikenali dengan pencapaian serta kebolehannya.

“Persaingan bukan menjadi soalnya kerana yakin masyarakat mahupun majikan sudah tahu kemampuan graduan UiTM sejak dulu, jadi tidak timbul isu mengenainya. UiTM ada kira-kira 12 peratus pensyarah bukan Bumiputera, komitmen mereka tinggi dalam mendidik mahasiswa.

“Meskipun begitu, mereka tidak pernah mempertikaikan UiTM sebab tahu institusi ini memang hak Bumiputera.

“Tindakan berkenaan tidak wajar malah MPPUiTM kecewa kerana mereka seolah-olah mempolitikkan institusi pendidikan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker