» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari UPM pamer penemuan

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my



UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) mensasarkan matlamat untuk mengembangkan lagi potensi dan kewibawaan penyelidiknya menerusi pelbagai penemuan baru.

Bagi menyokong usaha berkenaan, UPM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM menganjurkan Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2008, di Serdang, Selangor, baru-baru ini.


Pameran yang diperkenalkan sejak 1997 itu adalah langkah proaktif UPM bagi memperkenalkan pelbagai penemuan penyelidikan baru selain menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan warga kampus.

Dengan mengangkat tema Pembudayaan Penyelidikan Berimpak Tinggi, program itu mensasarkan objektif mempamerkan pencapaian penyelidikan, reka cipta serta inovasi yang berkualiti dalam pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi.

Selain itu, ia menjadi platform utama untuk mengenal pasti hasil yang boleh diketengah dan dikomersialkan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Pameran tiga hari itu membabitkan aspek pertanian, makanan, kesihatan, perhutanan dan alam sekitar, sains sosial serta sains, teknologi dan kejuruteraan dengan 349 produk penyelidikan dipamerkan.

Antara penemuan penyelidikan baru ialah perabot daripada batang kelapa sawit, pembuka buah durian serta tandas pintar.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker