» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari UTM tekankan gaya hidup sihat






UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) kini mengorak langkah memberi penekanan terhadap gaya hidup lebih sihat menerusi penyelidikan dilakukan warga penyelidiknya.

Dengan memberi keseimbangan sistem ekologi dan penemuan bioteknologi, UTM optimis mampu membantu masyarakat menjalani kehidupan lebih bermanfaat dan sempurna di samping melaksanakan tanggungjawab menghasilkan produk tempatan diiktiraf.


Untuk itu, UTM menubuhkan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) di kampus induk di Johor pada 2005 bagi menumpukan penghasilan dan penyelidikan produk untuk industri kimia yang memacu pertumbuhan produk berasaskan tumbuhan alam semula jadi seperti herba, nutraseutikal, perasa, wangian dan makanan.

Naib Canselor UTM, Profesor Tan Sri Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali berkata menerusi CEPP, masyarakat bukan saja dapat kembali pada penghasilan produk alam semula jadi dan selamat, malah boleh membantu mempertingkatkan hasil penemuan sedia ada bagi membantu menjaga alam sekitar dan kesihatan.

“Ini salah satu sumbangan UTM kepada masyarakat dalam usaha membantu mereka menjalani hidup lebih sihat dan selamat dengan penghasilan produk berasaskan alam semula jadi.

“Pada masa sama, membantu menyumbangkan sesuatu kepada ekonomi negara menerusi penghasilan produk terbaru yang diiktiraf serta diterima di pasaran global,” katanya ketika merasmikan pameran Pameran dan Persidangan Bioteknologi Antarabangsa untuk Industri Kesihatan yang Pertama (ICBWI & WIEX 2008) yang berlangsung di ibu kota, baru- baru ini.

Persidangan kali pertama itu dihadiri lebih 150 peserta tempatan dan luar negara dengan mempamerkan pelbagai produk terkini yang dihasilkan menerusi penyelidikan berasaskan alam semula jadi.

Antaranya dua produk kesihatan serta kecantikan kulit berasaskan pati minyak kelapa dan kelapa dara , rumah sihat yang direka berunsurkan konsep semula jadi desa serta pelbagai lagi.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker