» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari 34 penyelidik UiTM bongkar khazanah rimba

Oleh Mohd Rafi Mamat
rencana@hmetro.com.my



USAHA menyelongkar khazanah flora dan fauna di Taman Negara Jerantut, Pahang terutama di Kuala Keniam dilakukan 34 penyelidik dan mahasiswa pada Program Ekspedisi Taman Negara Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

Ekspedisi kali pertama itu lebih tertumpu di kawasan Pusat Penyelidikan UiTM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kuala Keniam.


Ia membabitkan sembilan kajian antaranya pokok hutan, serangga, burung, ikan, paku pakis, lumut, kulat, pokok berbunga dan kualiti air.

Pengerusi ekspedisi, Dr Noorizah Jaafar Sidik, berkata ekspedisi julung kali itu membabitkan penyelidik dan pelajar di enam UiTM seluruh negara.

Turut terbabit, 10 pelajar kursus fotografi UiTM bagi merakam gambar aktiviti kajian termasuk spesies flora dan fauna.

“Ekspedisi ini bagi mengkaji pelbagai khazanah flora dan fauna di kawasan pusat penyelidikan UiTM/Perhilitan di Kuala Keniam.

“Semua hasil kajian akan dibukukan bagi memperkenalkan Pusat Penyelidikan UiTM/ Perhilitan Kuala Keniam, Taman Negara.

“Buku ini diterbitkan untuk pendidikan di universiti tempatan dan antarabangsa selain rujukan pelancong ke Taman Negara Jerantut.

“Buku pertama dalam bahasa Inggeris akan diterbitkan Mac tahun depan,” katanya.

Buku yang akan terbit ini akan meningkatkan imej UiTM terutama dalam bidang penyelidikan.

Dr Noorizah berkata, sepanjang tiga hari ekspedisi, 20 spesies pokok hutan, burung dan lumut diperoleh, 30 spesies serangga , pokok berbunga termasuk 40 spesies kulat dan enam spesies ikan ditemui.

“Penyelidik menggunakan kepakaran pelajar kursus fotografi untuk mengambil gambar selain dibawa untuk kajian di makmal,” katanya.

Penyelaras projek pusat penyelidikan UiTM/Perhilitan Kuala Keniam, Prof Madya Dr Mohd Nazip Suratman, berkata UiTM menyediakan peruntukan RM1.5 juta projek pembangunan dan penyelidikan.

Menurutnya, fasa pertama membabitkan 45 bidang kajian akan dilakukan termasuk di kalangan penduduk kampung tradisional dan masyarakat Orang Asli.

“Pusat penyelidikan UiTM/Perhilitan ini akan menjadi pusat kajian kebangsaan dan antarabangsa dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung,” katanya.

Penubuhan pusat penyelidikan UiTM/Perhilitan Kuala Keniam ini adalah idea Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Dr Rahmat Mohammad.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker