» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Bidang muzik bukan picisan






>Profil

NAMA:Khairil Fauzi Ali


ASAL: Kedah

USIA: 44 tahun

KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

JAWATAN: Guru muzik di SMK Sultanah Asma, Alor Star, Kedah.



DI negara ini, bilangan guru muzik terhad berbanding subjek lain. Pelbagai kekangan seperti tiada kemahiran atau kekurangan calon guru antara faktornya.

Malah, tanggapan skeptikal ibu bapa terhadap subjek ini dengan menganggapnya sebagai subjek picisan dan tiada masa depan menyebabkan ramai golongan muda enggan mengikuti kursus muzik yang ditawarkan.

Bagaimanakah tanggapan negatif muzik ini boleh ‘membunuh’ subjek itu pada masa depan?

Menerusi fahaman yang dangkal, ada segelintir pihak menganggap subjek ini tidak penting dan kurang menyumbang kepada penawaran kerjaya.

Lebih buruk, ada menganggapnya tidak mampu membentuk modal insan selain membawa gejala buruk jika tidak dikawal.

Tanggapan silap itulah wajar diperbetulkan dengan tindakan pantas. Masyarakat perlu diperbetulkan kefahaman mereka bahawa muzik bukanlah membawa keburukan tapi turut mempunyai nilai murni yang boleh disemai.

Walaupun sering diperlekeh atau dipandang rendah, subjek muzik boleh menjadi cabang pembentukan modal insan yang cemerlang.

Bukan mudah mengikuti pengajian itu di universiti kerana syaratnya seseorang calon perlu mahir bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik.

Ada yang bertanya, di manakah kemahiran ini boleh diperoleh? Di samping dianugerahkan bakat, kemahiran bermain muzik boleh diasah di sekolah .

Di sinilah tempat bermulanya pelajar dapat mendekatkan diri dengan alat muzik yang serba lengkap hasil peruntukan dan ia percuma.

Rugi jika pelajar tidak mengambil peluang itu untuk mengasah bakat.

Pada masa sama, sesiapa pun tidak dapat menafikan, muzik antara elemen terbaik bagi meredakan tekanan. Pendekatan itu sekali gus mampu melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Malah, melalui pendidikan muzik, mereka bukan saja boleh menjadi guru muzik tetapi bergelar komposer, penggubah muzik dan jurutera bunyi.

Kini, muzik tidak lagi dipinggirkan kerana seseorang itu mampu menjadi golongan kelas dunia seperti Mozart dan Beatles.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker