» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari 142 pelajar baru mendaftar di KBU






REKOD cemerlang KBU International College sebagai pusat persediaan pelajar cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Telekom Malaysia (YTM) terserlah apabila seramai 142 pelajar baru mendaftar masuk di kolej itu, baru-baru ini.

Pelajar terbabit akan berada di KBU selama satu setengah tahun bagi menjalani kursus persediaan yang meliputi kursus persediaan bahasa Inggeris dan bahasa Jerman, selain kursus prauniversiti ‘Australian Matriculation’.


Pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda di bidang kejuruteraan, seni bina dan kemanusiaan di Jerman, Australia dan New Zealand.

Menurut sumber JPA, lebih 15,000 permohonan diterima daripada pelajar cemerlang SPM 2007 dan daripada jumlah itu, 5,000 pemohon disenaraipendekkan untuk temu duga.

Hanya 2,000 tempat ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagi Yayasan Telekom, lebih 8,000 permohonan

diterima dan hanya 134 permohonan berjaya.

Pengarah/Gabenor KBU, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim, berkata pelajar perlu bersyukur kerana terpilih memasuki kolej itu dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

“Ramai yang mahu memasuki kolej ini tetapi hanya segelintir yang berjaya, justeru gunakan peluang ini untuk menimba ilmu,” katanya pada program suai kenal dan pendaftaran pelajar baru KBU di Bandar Utama, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif KBU, Datuk Dr Teo Chiang Liang.

Sepanjang pembabitan dalam dunia pendidikan, KBU mencapai beberapa kejayaan gemilang pusat persediaan pelajar tajaan JPA dan YTM, antaranya pusat persediaan bahasa Jerman yang menghasilkan keputusan peperiksaan terbaik di antara 42 pusat di seluruh dunia yang diselenggarakan bersama Carl Duiberg Centren, Germany.

Pelajar dari KBU juga sering memperoleh kejayaan cemerlang dan membanggakan ketika berada di luar negara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker