» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Negara kurang doktor gigi

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my



APABILA seseorang itu tersenyum, pasti barisan gigi teratur dan putih menawan menjadi tumpuan. Bukan saja penjagaan gigi betul perlu diikuti, nasihat profesional daripada doktor gigi juga diperlukan.

Bagaimanakah kerjaya dalam bidang kedoktoran gigi? Umumnya, masyarakat lebih memilih kerjaya perubatan untuk bergelar doktor am berbanding pergigian.


Hakikatnya, kedua-dua bidang ini masih memerlukan seseseorang itu mengambil jurusan perubatan sebelum bergelar doktor.

Cuma bidang pengkhususan saja berbeza kerana untuk bergelar doktor am, perlu terbabit dengan pembedahan dan uji kaji manusia manakala doktor gigi lebih kepada aspek pergigian.

Secara amnya, kerjaya doktor gigi boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempelajari ilmu pencegahan dan perawatan penyakit pada gigi dan mulut melalui tindakan atau tanpa pembedahan.

Praktikal doktor gigi biasanya meliputi tindakan pengawalan, promotif, kuratif dan rehabalitatif terhadap keadaan gigi atau mulut individu.

Perawatan yang biasanya dijalankan oleh seorang doktor gigi ialah melalui pemeriksaan, penampalan, pembedahan, pembersihan karang gigi, cabutan gigi dan pembuatan gigi palsu.

Meskipun kerjaya ini kurang diberi perhatian berbanding doktor yang berkhidmat merawat pesakit, permintaan terhadap kerjaya doktor gigi juga semakin menggalakkan akhir- akhir ini berikutan kesedaran orang ramai mengenai tahap perawatan gigi.

Malah kebanyakan institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta kini banyak menawarkan tempat untuk mengikuti bidang ini.

Selain itu, universiti luar negara seperti seperti Otago University di New Zealand turut menawarkan pengkhususan berkenaan hingga peringkat Doktor Falsafah.

Menjelang 2010, negara memerlukan 3,072 pakar pergigian dan pada masa ini masih kekurangan kira- kira 49,000 tenaga kerja dalam pelbagai bidang termasuk pergigian.

Bagi mereka yang mengambil jurusan perubatan, jika tidak ditawarkan mengikuti bidang doktor perubatan, usah berputus asa. Sebaliknya, jika diberi pilihan mengikuti pengkhususan doktor pergigian, rebutlah peluang itu.

Kelayakan minimun untuk mengikuti pengkhususan dalam perubatan pergigian menerusi program asas atau praperubatan ialah lima kepujian dalam subjek berkaitan menerusi Sijil Pelajaran Malaysia dan gred 4B dalam subjek sains tulen dan matematik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker