» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Johan kompang seluruh Pahang

Oleh Mohd Rafi Mamat
rencana@hmetro.com.my



>Profil

NAMA SEKOLAH: SMK Kampung Sertik, Bentong, Pahang


PENGETUA: Zainab Harun

STATUS SEKOLAH: Luar bandar

BILANGAN GURU: 57 orang

BILANGAN PELAJAR: 703 orang

GURU PENYELARAS: Siti Noorazzia Abd Wahab dan Nor Shamsuri Shafie

KELAB: Kompang

JUMLAH AHLI: 60 orang



KESUNGGUHAN memajukan permainan kompang berjaya menobatkan SMK Kampung Sertik, Bentong, Pahang juara pertandingan kompang formasi sekolah menengah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2006.

Pada peringkat daerah pula, mereka memang popular dan sering menerima jemputan mengadakan persembahan dimajlis rasmi kerajaan termasuk perkahwinan.

Pengetua sekolah berkenaan, Zainab Harun, berkata kejayaan kumpulan kompang itu hasil kesungguhan dan semangat bersaing selain galakan guru.

Pada masa sama, mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan bagi menambah pengalaman baru.

“Menerusi pengalaman ini, mereka belajar memantapkan kemahiran dan memperbaiki kelemahan. Ia juga platform pelajar bersaing dengan pasukan lain.

“Usaha ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terbukti menghasilkan kejayaan. Bukan mahu mendabik dada, tapi apabila muncul juara tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan peringkat negeri, sudah tentu kemampuan kami boleh dinilai.

“Bagaimanapun, pelajar sering dinasihatkan supaya tidak lupa diri kerana ia boleh ‘membunuh’ kejayaan hari ini,” katanya.

Pencapaian terbaik pasukan kompang sekolah itu di peringkat kebangsaan ialah menduduki tempat kelima tahun lalu bersaing dengan 14 negeri yang bertanding.

Zainab menambah, usaha memperbaiki kedudukan di peringkat kebangsaan akan dilakukan apabila persiapan rapi dilakukan sebaik saja saingan peringkat negeri selesai.

“Saya beri sepenuh kepercayaan kepada guru penyelaras bagaimana membentuk dan mencorakkan kemahiran pelajar.

“Pelajar juga diingatkan supaya selalu menjalin kerjasama dengan ahli lain bagi memantapkan persefahaman. Mereka juga perlu rajin datang menjalani latihan,” katanya.

Guru penyelarasnya, Nor Shamsuri, berkata kesungguhan pelajar faktor utama menyumbang kepada kejayaan pasukan itu selain kerjasama berpasukan.

“Mereka dididik supaya mengamalkan semangat kerjasama selain memberi dorongan berterusan.

“Dengan menjalani latihan lebih giat, saya percaya pencapaian membanggakan mampu dicapai pada masa depan. Gandingan mantap pengalaman dan kesungguhan juga boleh membuahkan hasil terbaik,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker