» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Remaja makin ganas

Susunan Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


SEKALI lagi tragedi menakutkan dan menyayat hati berlaku apabila nyawa pelajar tidak bersalah melayang gara-gara tindakan amuk di sebuah sekolah di Finland, baru-baru ini.

SEKALI lagi tragedi menakutkan dan menyayat hati berlaku apabila nyawa pelajar tidak bersalah melayang gara-gara tindakan amuk di sebuah sekolah di Finland, baru-baru ini.

Akibatnya 10 pelajar menjadi mangsa dan ini meningkatkan kebimbangan semua pihak terhadap perilaku serta personaliti remaja hari ini.


Masing-masing buntu mencari jalan penyelesaian menghentikan tragedi demi tragedi yang membabitkan keselamatan pelajar.

Bagaimanapun semakin banyak penyiasatan, penyelesaian dan pendapat diberikan, peratusan kejadian seperti itu kian meningkat.

Fenomena ini membingungkan ahli psikologi kanak- kanak dan pakar pendidikan mencari punca yang mendorong tindakan di luar batasan itu.

Tambah memburukkan keadaan, apabila semua pihak mencari kesalahan dan meletakkan tanggungjawab itu kepada golongan tertentu.

Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja dari Judge Baker Children's Center, Boston, Amerika Syarikat, Claudio O Toppelberg menunding jari kepada ibu bapa kerana tidak membuat sebarang pemantauan tetapi hanya mementingkan diri sendiri.

Menurutnya, pihak sekolah pula lebih mementingkan disiplin serta akademik menjadi faktor penggerak pelajar melakukan tindakan itu.

“Sungguh menyedihkan apabila pelajar yang sepatutnya berada di sekolah, menemui ajal kerana sikap tidak peduli ibu bapa dan sekolah yang mementingkan diri sendiri.

“Apabila tragedi berlaku, masing-masing sibuk mencari menyalahkan di antara satu sama lain.

“Jika pemantauan awal dibuat, sudah tentu tragedi ini mampu dielakkan. Tindakan mencabut nyawa orang lain memang salah tapi kesalahan ibu bapa dan sekolah yang membiarkan pelajar bersendirian menyelesaikan masalah lebih melampau,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, tragedi amuk di sekolah kerap berlaku biarpun pihak terbabit mengakui tahap keselamatan ditingkatkan pada tahap maksimum.

Ibu bapa pula memberi jaminan memantau keganjilan tingkah laku anak bagi memastikan mereka dirawat jika bermasalah tetapi adakah ini sudah memadai?

Toppelberg berkata, pemantauan masalah pelajar tidak boleh dilakukan sekelip mata kerana perwatakan itu mampu disorokkan bagi mengabui mata ibu bapa, rakan, sekolah atau masyarakat.

“Jika ada pihak menyatakan mereka sudah ambil tindakan, saya tidak yakin malah berpendapat ia hanya bagi menutup mata dan mulut daripada rasa bersalah.

“Dari segi saintifik, perubahan corak individu mengambil masa untuk dinilai. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan sudah mengambil langkah terbaik mencegahnya?

“Sikap menyalahkan satu sama lain menyebabkan konflik diri pelajar bermasalah lebih buruk lalu mereka bertindak mengikut naluri hati,” katanya.

Pandangan Toppelberg dipersetujui pakar pendidikan, Karen Mapp dari Harvard University.

Beliau mengakui kebanyakan ibu bapa mengambil sikap sambil lewa perubahan tingkah laku anak sebaliknya lebih mementingkan pencapaian akademik.

Menurutnya, pelajar yang sentiasa ditekan mengikut telunjuk dan keinginan keluarga mempunyai potensi tinggi memberontak.

“Ada pihak menganggap pelajar bermasalah datang daripada keluarga kucar kacir atau akademik rendah tapi berdasarkan kaji selidik, keluarga elit dan pelajar bijak juga tidak terkecuali.

“Ini menunjukkan sesiapa saja berpotensi menjadi 'pemberontak atau pembunuh'.

“Faktor tekanan ibu bapa, sosial, global, budaya dan institusi pendidikan adalah antara punca pelajar sukar menyesuaikan diri.

“Ditambah pula penolakan ibu bapa untuk mendengar atau berkongsi masalah peribadi mereka menyebabkan pelajar sampai di satu tahap mereka tidak mampu menanggung lalu berlakulah tragedi di luar kewarasan,” katanya.

Bagaimanapun, ahli kaji jenayah, Lawrence Sherman dari University of Pennsylvania, membidas dua pandangan pakar berkenaan dengan menyatakan mereka tidak melihat skop tragedi dengan lebih luas.

Menurut Sherman, apa yang harus dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian bukan berdebat siapa betul atau salah.

“Membandingkan tindakan antara satu sama lain juga tidak akan membantu sebaliknya mendorong pelajar bermasalah sedia ada semakin agresif.

“Kita tidak boleh menjangka keinginan pelajar untuk berubah sama ada positif atau sebaliknya.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker