» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Yasmin kongsi pengalaman arah iklan






APABILA sebut nama Yasmin Ahmad, pasti ramai yang teringat kehebatan filem Sepet, sentuhan kreatifnya yang menggegar industri hiburan tanah air tidak lama dulu.

Kehebatan Yasmin dalam mengarahkan filem seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan terbaru, Mualaf meletakkannya dalam kelas tersendiri.


Yasmin, yang juga Pengarah Eksekutif Kreatif Leo Burnett, tampil berkongsi pengalamannya bersama pelajar Sekolah Perniagaan Taylor (TBS) dan kursus prauniversiti di Kolej Universiti Taylor, Subang Jaya, baru-baru ini.

Beliau menyampaikan ceramah mengenai Pengguna Bukannya Bodoh - Sumbangan Sebenar Iklan Kepada Keuntungan Syarikat dalam Pasaran Dinamik Hari Ini.

Ia dihadiri lebih 200 pelajar kolej berkenaan.

Yasmin berkongsi kisah zaman remaja yang penuh suka duka serta bagaimana beliau menceburi bidang pengiklanan.

Menurut Yasmin, ketika cuti pengajian A-Level dulu, beliau pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor dan suatu hari beliau menonton televisyen bersama nenek saudaranya berusia 65 tahun.

Katanya, nenek saudaranya sering memberi ulasan setiap iklan yang difikirkan hanya memperbodohkan penonton tanpa ada mesej tersirat di sebaliknya.

“Apabila menceburi bidang ini selepas tamat pengajian, saya diberitahu kebanyakan penonton tidak akan ambil peduli dan memahami mesej iklan berkenaan,” katanya.

Sebagai seorang graduan dalam bidang psikologi, Yasmin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki untuk menulis skrip serta mengarahkan iklan televisyen dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, pada sesi ceramah berkenaan, pelajar turut berpeluang menyaksikan sendiri beberapa iklan arahan Yasmin yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuk iklan Hari Merdeka bertajuk ‘Tan Hong Meng’ yang memenangi 21 anugerah dan terbaru, Anugerah Emas di Cannes Lions Gold Awards.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker