» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Panduan Kerjaya: Pereka fesyen kerjaya lumayan

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my



BIDANG fesyen antara industri paling pesat berkembang, justeru mereka yang meminati bidang ini pasti tidak rugi jika mengikuti pengajian rekaan fesyen yang banyak ditawarkan pelbagai institusi kini.

Ia bukan saja menawarkan peluang kerjaya menarik sama ada terbabit dalam industri atau bergelar usahawan, malah dianggap kerjaya glamor yang mampu memberi pendapatan lumayan.


Dengan kepelbagaian permintaan dan budaya masyarakat dunia, ia memberi inspirasi kepada pereka fesyen menghasilkan pelbagai jenis rekaan.

Prospek kerjayanya yang cerah membuka mata masyarakat terutama pelajar mendalami pengkhususan di bidang ini.

Bidang fesyen adalah aplikasi sastera yang dijuruskan kepada cara pemakaian dan aksesori berdasarkan pengaruh masa dalam sesuatu budaya atau sosial masyarakat.

Mengikut sejarah, kerjaya ini dipelopori Charles Frederick Worth, (1826–1895) yang menjadi individu pertama menjual pakaian jahitannya kepada orang ramai.

Sejak itu, kerjaya ini semakin dikenali dan mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia.

Hari ini, industri fesyen dunia bukan saja memberi peluang seseorang itu untuk menjadi lebih kreatif, malah bekerja dengan syarikat besar serta ternama. Tugas mereka bukan saja mereka cipta fesyen, malah memilih tekstil bakal digunakan selain mengikut perubahan trend semasa.

Bagaimanapun, kebanyakan pereka fesyen sebelum terkenal, meraih pengalaman dan menimba ilmu bekerja dengan pengilang pakaian.

Terdapat tiga kategori perekaan fesyen:

1. Fesyen tahap tinggi Perancis (haute couture).

Bagaimanapun, perekaan fesyen ini tidak boleh dilakukan secara meluas dan perlu mengikuti piawaian dan standard ditetapkan Chambre Syndicale de la Couture. Ia untuk pasaran golongan berprestij tinggi serta bangsawan.

2. Rekaan siap

Kategori ini adalah pertengahan antara (haute couture) dan pasaran luas. Rekaan fesyen ini untuk golongan pertengahan dan turut dihasilkan secara eksklusif. Lazimnya direka oleh sesebuah butik mengikut trend atau musim tertentu.

3. Pasaran luas

Mensasarkan jumlah pelanggan dalam kuantiti besar. Kualitinya lebih murah dan pereka fesyennya selalunya memperoleh idea menerusi idea pereka fesyen terkenal. Fabrik yang digunakan juga murah, kurang kualiti, ringkas dan dihasilkan menggunakan mesin. Kebanyakan industri perekaan pakaian hari ini lebih kepada pasaran luas.

Antara institusi pengajian tinggi negara yang menawarkan pengkhususan program fesyen ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Lim Kok Wing.

Antara pereka fesyen terkenal dunia ialah Calvin Klein dan Ralph Lauren manakala anak tempatan pula, Datuk Bernard Chandran, Radzuan Radzwill dan Amin Jauhary.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker