» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Siswa dekati Orang Asli

Oleh Sahlina Sahkirin
rencana@hmetro.com.my



TANGGUNGJAWAB mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, malah melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui pelbagai program kebajikan.

Faktor inilah mendorong Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Johor (PMIUTM ) menganjurkan Bakti Siswa Perihatin atau Hati’ 08 selama seminggu di Perkampungan Orang Asli Tanah Abang, Ulu Sungai Endau Mersing, Johor, baru- baru ini.


Program dengan kerjasama Jabatan Agama Johor (Jaj) itu bertujuan beramah mesra dengan golongan itu dan menekankan pentingnya pendidikan.

Pengarah projek, Ismail Sirajudin, berkata program itu membolehkan mahasiswa memperoleh pengalaman baru berdepan masyarakat dan tanggungjawab sosial.

“Selain menjadi platform mencambah minat belajar di kalangan generasi muda, program ini juga mensasarkan objektif memberi penerangan mengenai aspek pemantapan diri dalam aspek keagamaan.

“Program ini mempunyai pelbagai pendekatan yang sesuai diguna pakai bagi membantu Orang Asli,” katanya.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Zainal Abidin Osman.

Pelbagai program dilaksanakan sepanjang program termasuk tinggal bersama keluarga angkat, sukaneka, ziarah sekampung, imarah surau, expo pendidikan, sembelihan cara Islam dan kenduri sekampung

Mahasiswa mengakui program itu berjaya dan memberi pengalaman baru.

Peserta, Azly Zahan, berkata dia berpeluang tinggal bersama keluarga angkat dan menambah pengalaman perhubungan dengan masyarakat luar.

“Layanan keluarga angkat cukup baik, saya terharu dengan sambutan itu. Pengalaman itu membuka minda berhadapan dengan masyarakat apabila keluar dari universiti nanti,” katanya.

Rakannya, Sutimah A.Safar, berkata program itu pengalaman pertamanya dan teruja menyertainya.

“Banyak pengetahuan saya peroleh, contohnya mengenai konsep pantang larang diamalkan masyarakat Orang Asli.

“Walaupun kehidupan mereka kekurangan, saya terharu keluarga angkat cuba sedaya memenuhi permintaan kami,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker