» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Ezerra kurangkan gatal kulit





“KETIKA dilahirkan, kulitnya lembut dan halus tapi bila umurnya tiga bulan, ruam muncul pada kulitnya. Saya membawa ke hospital dan doktor beri jaminan penyakit ini akan beransur pulih bila mencapai belasan tahun.

“Anak saya sukar tidur waktu malam. Dia asyik menggaru kerana kulitnya gatal. Semasa bayi, doktor memberitahu bahawa dia mengalami ekzema. Sekarang dia berusia enam tahun dan masih mengalami ekzema.”

Adakah rungutan ini biasa didengari? Kanak-kanak terbabit mengalami ekzema atau lebih tepat lagi atopik dermatitis. Perkataan dermatitis (radang kulit) atau ekzema berasal daripada perkataan Yunani bermaksud ‘menggelegak’ atau ‘mendidih’.

Perkataan atopik merujuk kepada kecenderungan untuk mengalami asma, ekzema dan hayfever. Ia biasa berkait rapat dengan penyakit berkenaan dan sering berlaku akibat faktor keturunan.



Atopik dermatitis adalah suatu keadaan kulit gatal yang berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak, membabitkan dua daripada 10 kanak-kanak.

Kulit pesakit atopik dermatitis menjadi kemerah-merahan, bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.

Penyakit ini akan beransur pulih apabila pesakit mencapai belasan tahun tetapi ada berterusan sepanjang hayat.

Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan rasa gatal semula.

Kulit atopik dermatitis menjadi sangat kering disebabkan kehilangan terlalu banyak kelembapan.

Mandi dengan air panas akan mengeringkan kulit tetapi jangan terlalu lama. Elak menggunakan sabun atau mandian buih sebaliknya, gunakan pembersih yang bebas sabun.

Selepas mandi, gunakan pelembap serta-merta.

Salah satu daripada kesilapan dalam rawatan atopik dermatitis adalah kurang menggunakan pelembap. Ia seharusnya sentiasa dipakai bagi mengurang gatal.

Kulit atopik dermatitis yang pecah dan merekah menyebabkan kelembapan meresap keluar.

Oleh itu, sangat penting untuk memastikan kulit lembap sepanjang hari.

Ezerra sangat berkesan membantu merawat atopik dermatitis khususnya di kalangan kanak-kanak.

Ezerra bertindak secara merawat, melembap, serta merawat dan melembap dengan serentak atopik dermatitis.

Ia adalah krim unik dengan ramuan asli yang bertindak dalam tiga cara iaitu antikegatalan, antiradang (membantu melegakan kulit kering, gatal dan radang) serta pelembapan intensif (membantu mengembalikan kelembapan kulit dan fungsi kulit sebagai pelindung).

Krim berkenaan direka daripada ramuan aktif semula jadi serta tidak mengandungi pewarna mahupun pewangi.

Ezerra membantu mengawal tanda dan gejala atopik dermatitis serta mengembalikan semula fungsi kulit sebagai pelindung. Ia boleh digunakan tiga hingga empat kali sehari pada bahagian kulit terbabit.

Maklumat lanjut mengenai Ezerra boleh didapati dengan menghantar e-mel ke enquiries@hoepharma.com.my atau hubungi talian 03-79581077.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker