Jamu selera di Hotel Armada
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan negara kali ini pasti lebih meriah jika membawa keluarga mahupun teman menikmati hidangan menarik di Utara Coffee House, Hotel Armada, Petaling Jaya.
Selain terletak di pinggir Kuala Lumpur, hotel berkenaan menyediakan pelbagai juadah popular dari seluruh negara.
Antara hidangan yang harus dicuba ialah gado-gado tebrau, sayur urap goreng ikan bilis, begedel ayam, sup ayam kampung, sup soto ayam minang, sup kepala ikan Bagan Serai serta sup tulang.
Tidak ketinggalan, masakan asam pedas ikan merah, ayam pongteh, sambal jantung pisang, sotong kapitan, gulai ikan tongkol, satar, sotong sumbat, ayam pandan, ikan tilapia masak terutup, ayam bamboo, ikan patin masak asam, sate, sayur haji, gulai nangka ikan masin serta ketam masak tomato.
Melengkapkan lagi hidangan, jangan ketinggalan untuk mencuba sendiri keenakan pencuci mulut tradisional seperti kuih-muih nyonya, tapai pulut Langkawi, tepung pelita, bubur keledek, bubur pengat labu, pulut panggang, kuih bijan Melaka, kuih ketayap dan ubi kayu rebus.
Semua ini boleh dinikmati pengunjung sehingga 31 Ogos ini pada harga RM51++ seorang dan RM38++ seorang untuk bufet minum petang pada 30 hingga 31 Ogos serta 1 September.
Sementara itu, bagi setiap pembelian dua pakej berkenaan, pengunjung akan mendapat satu percuma. Untuk pertanyaan, hubungi 03-79546888 sambungan 4557.
|