» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Tampil elegan, ringkas

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

BUAT julung kalinya, jenama fesyen tempatan terkenal, Voir memperkenalkan koleksi ke pejabat menerusi Voir Collection yang menampilkan pelbagai rekaan menarik, istimewa untuk wanita.

BUAT julung kalinya, jenama fesyen tempatan terkenal, Voir memperkenalkan koleksi ke pejabat menerusi Voir Collection yang menampilkan pelbagai rekaan menarik, istimewa untuk wanita.

Voir memang dikenali dengan pakaian kasual serta jeans dan kemunculan koleksi terbaru fesyen untuk kerjaya itu memberi lebih pilihan kepada penggemar setianya.

Untuk koleksi sulungnya, Voir Collection banyak menampilkan fesyen ringkas yang boleh disuai padan dengan pelbagai pakaian.

Begitupun, biar kelihatan ringkas, Voir tidak lupa menyelitkan imej elegan dan gaya profesional dalam setiap rekaannya.



Potongan yang kemas serta penggunaan rona monokromatik seperti hitam, kelabu dan hijau buah zaitun dengan corak jaluran, dikatakan mampu menambat hati wanita moden hari ini.

Selain baju, jaket serta baju tanpa lengan, koleksi berkenaan hadir dengan pelbagai pilihan seluar dan skirt sama ada potongan lurus, kembang mahupun pendek.

Ia juga boleh didapati dalam pilihan warna lembut seperti putih, merah jambu, coklat muda dan biru air.

Keseluruhan koleksi Voir Collection ini banyak menggunakan fabrik berkualiti seperti kapas, sifon halus, satin, lisu dan kain renyuk.

Penggunaan fabrik sebegini memang sesuai untuk menambahkan gaya kewanitaan pemakai serta menyerlahkan rekaan pakaian berkenaan.

Pada majlis sama, Voir turut memperagakan koleksi akhir tahun Voir Jeans dan Voir Clothing kepada tetamunya.

Pelbagai rekaan seluar, jaket serta skirt denim boleh didapati menerusi koleksi Voir Jeans berkenaan namun fesyen jeans singkat paras lutut kini dikatakan hangat di pasaran.

Bagi wanita yang menggemari gaya feminin, himpunan daripada Voir Clothing sesuai dijadikan pilihan.

Fesyen pakaian daripada koleksi ini lebih menjurus kepada gabungan imej kewanitaan yang penuh romantik dan gaya retro yang cukup diminati.

Menerusi himpunan ini, pelbagai jenis fesyen baju boleh didapati antaranya, baju tanpa lengan, baju berleher V serta baju seakan gaun pendek yang direka menarik dengan motif bunga-bungaan dan abstrak.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker