» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
myMetro » Variasi » Dekotaman

DekoTaman Papan pesanan bergaya Perancis

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my


RUANG kediaman yang diberi sentuhan dekorasi bergaya Perancis tidak kurang hebatnya bagi menyerlah keindahan dan suasana romantik.

RUANG kediaman yang diberi sentuhan dekorasi bergaya Perancis tidak kurang hebatnya bagi menyerlah keindahan dan suasana romantik.

Reka bentuk dan kesesuaian aksesori hiasan dalamannya perlu selari selain mempunyai kesinambungan.


Menurut Pemilik D’ Painted House, Enna Ayub, anda bebas menghasilkan aksesori hiasan dalaman seperti papan pesanan bergaya Perancis.

“Sentuhan kreatif itu turut direalisasikan sebagai aksesori menarik dan kegunaan harian seperti menyampaikan pesanan kepada ahli keluarga.

“Mesej pesanan itu sesuai diletakkan pada bilik tidur anak anda dan boleh dihasilkan menggunakan fabrik bermotifkan bunga-bungaan atau haiwan,” katanya.

Maklumat lanjut, kunjungi D’ Painted House, Le Tresor Galleria di 8/ Lot 102 & 102A, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor atau layari www.dpaintedhouse.com.

Berikut panduan menghasilkan papan pesanan bergaya Perancis ilham kreatif D’ Painted House:


Sediakan bahan:

  • Farik kapas atau ‘cotton’ untuk hiasan bahagian depan, fabrik kapas putih menutup bahagian belakang, span nipis (bersaiz kecil daripada fabrik) butang (boleh ditempah mengikut motif fabrik), bingkai gambar yang sudah dibuang kaca, gam, riben, dawai, klip, jarum, benang, gunting kain, pensil, pembaris dan alat pertukangan seperti gergaji kecil serta penukul besi. - Gambar 1


    Langkah 1

  • Potong keempat-empat bucu bingkai gambar dan balut dengan fabrik kapas pada bahagian luas, sementara span nipis diletakkan pada bahagian dalam.

  • Tampal dengan teliti fabrik dan span nipis tadi supaya menutup keseluruhan bingkai gambar dan kelihatan lebih kemas. -Gambar 2


    Langkah 2

  • Letakkan riben secara bersilang atau mengikut kreativiti anda bagi memudahkan nota diselitkan. -Gambar 3


    Langkah 3

  • Jahit butang pada setiap persimpangan riben supaya kemasan lebih kukuh dan sempurna. -Gambar 4


    langkah 4

  • Gunakan kain kapas menutup bahagian belakang bingkai gambar, letakkan klip serta dawai untuk menggantung papan pesanan itu.

  • papan pesanan lebih menarik sekiranya diserikan dengan kepingan gambar. -Gambar 5.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :

    PelanMedia

    VARIASI

    Ad-Din

    lagi
    it@Metro
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker