Papan pesanan bergaya PerancisOleh Hartini Mohd Nawitini@hmetro.com.my RUANG kediaman yang diberi sentuhan dekorasi bergaya Perancis tidak kurang hebatnya bagi menyerlah keindahan dan suasana romantik.
Reka bentuk dan kesesuaian aksesori hiasan dalamannya perlu selari selain mempunyai kesinambungan. Menurut Pemilik D’ Painted House, Enna Ayub, anda bebas menghasilkan aksesori hiasan dalaman seperti papan pesanan bergaya Perancis. “Sentuhan kreatif itu turut direalisasikan sebagai aksesori menarik dan kegunaan harian seperti menyampaikan pesanan kepada ahli keluarga. “Mesej pesanan itu sesuai diletakkan pada bilik tidur anak anda dan boleh dihasilkan menggunakan fabrik bermotifkan bunga-bungaan atau haiwan,” katanya. Maklumat lanjut, kunjungi D’ Painted House, Le Tresor Galleria di 8/ Lot 102 & 102A, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor atau layari www.dpaintedhouse.com. Berikut panduan menghasilkan papan pesanan bergaya Perancis ilham kreatif D’ Painted House: Sediakan bahan: Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 langkah 4 |