Laman 2008 lebih hebat
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
FESTIVAL Antarabangsa Landskap & Taman Malaysia 2008 atau Laman 2008 pada 19 Julai hingga 27 Julai ini di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Kali ini, Laman 2008 menjanjikan landskap dan seni taman yang lebih besar dan hebat.
Bertemakan Irama Alam, ia dianjurkan Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dihoskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin, tema berkenaan dipilih bagi memupuk semangat prihatin dan cintakan alam sekitar selain isu pemanasan global.
“Objektif Laman 2008 ialah meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara.
“Ia juga menyediakan peluang pasaran baru kepada pengusaha industri landskap,” katanya.
Ia membabitkan 200 penyertaan dan menarik 500,000 pengunjung dalam dan luar negara.
Lebih menarik kerana festival yang berlangsung selama 9 hari ini itu dibuka bermula 9.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari meliputi kawasan taman seluas 28.8 hektar.
Di ekspo taman, anda berpeluang mendapatkan bahan pameran dan jualan tanaman seperti pokok, produk serta hiasan taman, perabot untuk kegunaan luar rumah.
|
|