Kreativiti suai padan
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
 |
KEDIAMAN yang menggambarkan jiwa hakikatnya menterjemahkan hasrat dan cita rasa peribadi sementara gaya penataan yang dipersembahkan lazimnya lebih terancang kerana dilengkapi perabot serta aksesori hiasan. |
KEDIAMAN yang menggambarkan jiwa hakikatnya menterjemahkan hasrat dan cita rasa peribadi sementara gaya penataan yang dipersembahkan lazimnya lebih terancang kerana dilengkapi perabot serta aksesori hiasan.
Kombinasi idea dan keserasian ruang mampu menghadiahkan penataan terbaik kediaman selain berfungsi sebagai terapi semula jadi.
Menghias kediaman tidak semestinya perlu mengikut secara jelas konsep hiasan dalaman yang biasa diketengahkan, memadai berdasarkan kreativiti dan kebijaksanaan sendiri.
Menyedari bahawa ada perubahan besar terhadap cita rasa pemilik kediaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama generasi muda yang lebih menyukai gaya semasa, Jatimas Asia (M) Sdn Bhd (Jatimas) ada kelainannya.
Merealisasikan impian setiap pemilik kediaman, Jatimas kini menampilkan pelbagai aksesori hiasan bergaya kedesaan Inggeris.
Lebih menarik aksesori hiasan berkenaan tampak mencuri perhatian apabila dekoratif susunannya begitu unik.
Buktinya dalam usaha menyerlahkan kelainan, ibu pejabat Jatimas di Selayang Baru, Selangor diserikan dengan gaya dekorasi suai padan perabot kayu jati dengan aksesori gaya kedesaan Inggeris.
Menurut Eksekutif Pemasaran Jatimas, Suhaida Abdul Halim, kecenderungan masyarakat negara ini yang lebih meminati konsep suai padan meletakkan aksesori hiasan berkenaan menjadi tumpuan.
"Kehadiran aksesori hiasan gaya kedesaan Inggeris ini secara tidak langsung menjadi penyeri segenap sudut kediaman apatah lagi dengan produk Jatimas.
"Suasana berbeza dapat dicetuskan apabila melihat kesinambungan antara produk Jatimas dengan aksesori berkenaan sekali gus menyerlahkan elemen eksklusif dan mewah," kata Suhaida.
Antara aksesori hiasan gaya kedesaan Inggeris yang popular di Jatimas ialah kabinet berlaci dwifungsi, bekas tisu, koleksi jam dan bingkai gambar.
Seiring gaya kedesaan Inggeris, motif bunga mawar dijadikan pilihan utama diketengahkan sebagai daya tarikan aksesori berkenaan.
"Bukan sekadar menonjolkan himpunan koleksi aksesori gaya kedesaan Inggeris, malah mampu melahirkan ruang yang berupaya menonjolkan imej dan mempunyai kaitan dengan produk Jatimas.
"Serasi konsep, penampilan kemasan berkenaan dipersembahkan menerusi gaya penataan yang terancang apatah lagi produk Jatimas sendiri menarik dan tidak jemu dipandang serta bersifat tahan lasak membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki," kata Suhaida.
Tidak ketinggalan produk Jatimas yang mempunyai nilai estetika dan keunikannya tersendiri membuatkan kehadiran perabot jati menyerlahkan konsep tata hias ruang sempurna.
Setiap reka bentuk yang dihasilkan memberi fokus kepada kesesuaiannya dalam menyerikan gaya hidup.
Didatangkan dengan pelbagai reka bentuk terkini dan mengekalkan motif bunga-bungaan sebagai coraknya, produk Jatimas dalam warna semula jadi membuatkan kediaman mesra alam serta mendamaikan.
Selain menawarkan pilihan perabot yang pelbagai, Jatimas turut memberikan khidmat rundingan dan nasihat kepada pelanggan untuk memilih perabot berkualiti dan bersesuaian dengan bajet.
Mereka yang berminat boleh mengunjungi ibu pejabat Jatimas di No 9, Jalan 2, Selayang Baru, Selayang, Selangor atau menghubungi talian 03-61388199 atau mengunjungi cawangan Damansara dan cawangan Wangsa Maju atau layari www.jatimas.com.my.
|
|