Hiasan dalaman klasik
KEINDAHAN ruang sering terletak pada kreativiti dan penelitian pemiliknya dalam memberi sentuhan berbeza serta mengikut cita rasa.
Kesesuaian reka letak setiap aksesori hiasan dalaman antara pelengkap utama dekorasi yang secara tidak langsung me nyuntik suasana mendamaikan.
Bagi anda yang berpindah ke rumah baru, elakkan daripada menggantung langsir menggunakan tali rafia supaya tidak mencacatkan suasana kediaman.
Gunakan bidai buluh atau plastik sebagai langkah me nyerikan kemasan langsir. Sekiranya inginkan suasana ring kas, gantung langsir itu secara bersahaja.
Mungkin batang penyapu atau pengelap lantai boleh di jadikan sebagai alat menggantung langsir jika anda tidak mempunyai rod penggantung langsir.
Hiasan bunga plastik lebih menampakkan kesegaran dan seri semula jadi. Gubah dan letakkan dalam balang kaca yang unik.
Penggunaan bahan berasaskan produk kitar semula sebagai penyeri kediaman kini kian popular.
Bekas makanan segera umpamanya boleh dijadikan pasu untuk meletakkan gubahan bunga.
Gubahan bersaiz besar amat sesuai ditampilkan bagi me nyerlah dekoratif dan fungsi produk kitar semula itu.
Anda bebas menggantung pada dinding atau meletakkan gubahan berkenaan pada meja atau kabinet hiasan.
Anda yang gemarkan konsep hiasan dalaman klasik, per alatan silam seperti tepak sirih dan lesung batu peninggalan boleh diketengahkan.
Pilih sudut terbaik seperti tangga untuk meletakkan per alatan silam itu dan susun secara teratur mengikut bentuk atau jenisnya.
Seterusnya, kreativiti anda dalam mencipta sudut untuk menempatkan peralatan menjamu selera termasuk sudu, garpu dan pelapik meja berhampiran ruang makan serta ruang tamu amat digalakkan.
Ia bukan sekadar mencetuskan kelainan, malah pada masa sama menjimatkan masa sekiranya kediaman dikunjungi ramai tetamu serentak.
Tidak ketinggalan bilik mandi juga perlu diberi perhatian dari segi hiasannya termasuk meletakkan haruman wa ngi-wangian.
Lilin aromaterapi sesuai digunakan untuk mencipta suasana tenang ketika memanjakan diri di bilik mandi.
|
|