Kamar tidur nan romantik
MENGILHAMKAN suasana romantik di bilik tidur mampu menyuntik visual keindahan semula jadi yang mendamai kan.
Dalam apa jua keadaan, suasana romantik yang ingin ditonjolkan bergantung kepada cita rasa dan kesesuaiannya.
Paling penting suasana berkenaan menterjemahkan keadaan nyaman, selesa dan sedap mata memandang.
Tidak dinafikan suasana romantik sesebuah bilik ber gantung kepada keupayaan reka bentuk ruang terbabit dalam menimbulkan keselesaan dan daya tarikan serba indah.
Suasana berkenaan dapat diwujudkan dengan mudah me nerusi pemilihan perabot, aksesori hiasan, kemasan termasuk corak dan warna fabrik berciri lembut atau skema warna yang sesuai.
Biar apapun gaya yang digemari, suasana romantik boleh dicetuskan apabila elemen keseluruhan bilik diserlahkan secara bijaksana dan kreatif.
Ketelitian kemasan daripada pelbagai aspek perlu diambil kira, daripada elemen besar hinggalah elemen kecil seperti pemegang pintu, laci dan pintu almari.
Dari segi perabot, pemilihannya perlulah bersesuaian se elok-eloknya hanya satu gaya bagi mewujudkan keserasian.
Ukuran dan reka bentuk perabot pula perlu sepadan dengan keadaan perincian bilik serta pembentukannya mempunyai persamaan.
Almari atau katil yang terlalu besar boleh menyebabkan ruang di bilik tidur kelihatan sempit selain sukar meng gambarkan suasana diinginkan.
Perlu dipastikan setiap inci sudut memberikan ruang per gerakan selesa selain kedudukan perabot dan aksesori tidak mengganggu laluan.
Pilihan kemasan warna juga penting dalam membangkitkan suasana romantik. Tona lembut termasuk merah jambu dan biru langit berjaya menyuntik suasana romantik.
Pada masa sama, fabrik untuk kemasan kerusi, cadar dan langsir hendaklah menimbulkan suasana berkenaan.
Jika anda memilih untuk mengenengahkan gaya romantik berunsurkan Bali, penggunaan pasu bunga ala Inggeris klasik amat digalakkan.
Aksesori seperti cermin dan sikat yang menjadi peralatan berdandan utama di meja solek perlu dipilih berdasarkan gaya sama.
Mengharmonikan suasana romantik dengan kehadiran bau-bauan aromaterapi tentunya mencuri perhatian dan menyamankan.
|
|