Kekwa penyeri laman
MENYERIKAN laman dengan kehadiran pokok kekwa atau chrysanthemum memberikan latar landskap indah dan se gar.
Pokok yang tergolong dalam keluarga komposit itu ialah sejenis bunga keratan beriklim sederhana berasal dari Jepun, China dan Tibet.
Bunga kekwa mempunyai pelbagai warna termasuk putih, kuning dan ungu serta berukuran antara dua hingga 15 sentimeter (sm).
Kini, pelbagai jenis kekwa dikacukkan untuk tujuan ko mersial dan melahirkan kombinasi warna unik.
Lebih menarik kerana kekwa antara bunga popular yang digubah untuk jambangan indah meraikan majlis atau sebagai hadiah peribadi.
Jambangan kekwa juga kelihatan berbeza apabila ia turut diserikan dengan bunga segar lain penuh warna-warni.
Malah kekwa turut menjadi pilihan sesetengah pemilik kediaman untuk memberi sentuhan baru pada kemasan meja atau kabinet dalam rumah.
Keistimewaan ini membuatkan pelbagai jenis dekorasi gubahan kekwa dihasilkan mengikut cita rasa dan kreativiti.
Pada masa sama, menanam sendiri kekwa di laman memberi kelebihan untuk menyerlahkan landskap semula jadi dan bahan gubahan untuk ruang dalam rumah.
Kekwa yang hidup subur boleh berbunga dalam masa lapan hingga 10 minggu selepas ditanam.
Penggemar tanaman ini tentu lebih mengetahui bahawa kekwa boleh ditanam atas tanah atau di dalam pasu.
Dari segi pemilihan pasu pula, pelbagai bekas boleh di gunakan tetapi pasu plastik berukuran antara 15 hingga 20 sm paling sesuai.
Pasu berlubang di dasarnya amat penting untuk sistem dan pengaliran air serta pengudaraan yang baik.
Dicadangkan supaya meletakkan beberapa lapisan serpihan pasu atau batu kerikil di dasar pasu tadi sebelum diisikan campuran tanah untuk menanam kekwa.
Seterusnya, keratan berakar antara kaedah pembiakan kek wa yang boleh ditanam terus ke dalam pasu dan se kurang-kurangnya tiga keratan diperlukan untuk setiap pa su.
Keratan terbaik dilakukan pada dahan hijau bahagian pucuk pokok kekwa bagi meningkatkan kadar tumbesarannya.
Perlu diteliti bahawa kekwa yang ditanam dalam pasu hendaklah dibaja dari semasa ke semasa.
|
|