» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Dekotaman

DekoTaman Bunga kertas bonsai tak perlu tukar pasu






TAMAN yang cukup sederhana namun kaya dengan unsur alam boleh diwujudkan menerusi pemilihan pokok dan landskap kejur serta ringkas.

Tanaman hiasan yang sering dipilih untuk mewujudkan taman kecil ialah bunga kertas atau bougainvillea.


Bunga kertas antara tumbuhan renek yang sering kelihatan menghiasi sudut taman kerana memiliki keunikan dan keindahan tersendiri.

Menghasilkan pelbagai bunga dengan warna berbeza sepanjang tahun, tahan dipangkas, tidak memerlukan penjagaan rapi, sesuai dengan semua jenis tanah dan boleh dibentuk menjadi bonsai.

Tidak dinafikan pokok bunga kertas secara fitrahnya mempunyai kekuatan sendiri untuk kelangsungan hidup kerana ia antara tanaman hiasan yang tahan lasak.

Apabila memiliki tanaman bonsai bunga kertas, anda perlu mengetahui penjagaan dan penyelenggaraannya.

Pokok bunga kertas bonsai tidak perlu ditukar bekas atau pasu.

Anda hanya perlu menambahkan serbuk kapur pada tanah selang beberapa bulan dan pokok pasti terus subur dan menghasilkan bunga segar.

Penggunaan baja berasaskan kimia amat digalakkan dan elak menggunakan baja berasaskan organik kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesuburan akar.

Jika batang bunga kertas bonsai anda kelihatan terbelah atau terbahagi dua, jangan melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan permukaan tanah rosak.

Justeru, pancangkan kayu sebagai penyokong pada batang yang terbelah tadi.

Pastikan daun atau batang pokok kertas bonsai berkenaan bersih daripada habuk dan debu.

Siram apabila bunga kelihatan sedikit pucat tetapi elak menyiram berlebihan kerana ia boleh menyebabkan cepat mati.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker