» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Dekotaman

DekoTaman Kelengkapan moden

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my


PELBAGAI produk kelengkapan kediaman ditawarkan sempena Perfect Livin ‘08 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PELBAGAI produk kelengkapan kediaman ditawarkan sempena Perfect Livin ‘08 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pameran membabitkan lebih 200 peserta dan 500 gerai pameran itu dimeriahkan dengan teknologi serta produk terkini untuk pengubahsuaian, pembinaan, seni bina, hiasan dalaman dan landskap kediaman atau pejabat.


Dianjurkan CIMB Bank dan CNM Events Marketing Sdn Bhd, Perfect Livin ‘08 menampilkan kelainan tersendiri dalam memenuhi pelbagai permintaan pelanggan.

Tidak hairanlah gerai YuGaNa antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai kerana dekoratif pelbagai reka bentuk termasuk pintu pagar, jeriji dan kekisi tangga yang mempunyai kualiti tersendiri.

Produk berasaskan kayu yang disadur aluminium dan besi waja itu bersifat tahan lasak khususnya untuk cuaca panas terik dan tidak mudah bengkok.

Menurut Pengurus Projek YuGaNa, Rezeki Shahrul, setiap produk YuGaNa melalui beberapa tahap penghasilan yang menjadikan kualiti ketahanan sebagai perkara paling utama.

“Apatah lagi reka bentuknya diselarikan dengan corak atau motif pilihan pelanggan dan disesuaikan dengan semua jenis kediaman.

“Ramai pemilik kediaman gemarkan produk YuGaNa kerana ia kelihatan lebih eksklusif atau bergaya mewah,” kata Rezeki.

Tambahan pula, pintu pagar dan jeriji tingkap umpamanya bukan lagi untuk keselamatan semata-mata malah turut menjadi pelengkap hiasan.

Kini, keindahan dua produk berkenaan dianggap elemen simbolik dalam menyambut kunjungan keluarga dan tetamu.

Anda yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan produk YuGaNa boleh melayari web www.yuganagroup.com.

Sementara itu, gerai De Sofa Manufacturing Sdn Bhd tidak kurang hebatnya dengan penataan lengkap ruang kediaman berasaskan pelbagai pilihan sofa dengan reka bentuk praktikal.

Cetusan idea dekorasi turut meletakkan konsep ringkas antara pilihan utama pemilik kediaman kerana faktor masa dan kesibukan.

Bagi kediaman teres, konsep berkenaan dilihat tepat kerana padanannya mampu menguasai sebahagian besar ruang pilihan.

Selesa dengan konsep bergaya ringkas, seseorang itu tentunya lebih arif dalam pengubahsuaian kediaman sendiri khususnya dalam membentuk penataan di ruang tamu.

Menurut Pengarah De Sofa Manufacturing Sdn Bhd, Eric Lee Chin Foong, kewujudan ruang berbeza saiz pada kediaman membuatkan reka bentuk sofa dipelbagaikan untuk diselarikan dengan perkembangan semasa.

“Bagi anda yang tinggal di kondominium atau apartmen, sofa bergaya ringkas berbentuk L ditawarkan lengkap dengan fabrik berkualiti.

“Pada masa sama, kami turut menawarkan koleksi menarik bantal hiasan dan tilam berjenama sebagai pelengkap konsep dekorasi kediaman khususnya yang gemarkan gaya moden kontemporari,” kata Lee.

Layari www.ds-m.com.my untuk sebarang keterangan lanjut berkenaan produk yang ditawarkan De Sofa Manufacturing.

Sementara itu, kemasan langsir gaya masa kini di gerai Eusimma Furniture Sdn Bhd nyata mencuri perhatian setiap pengunjung Perfect Livin ‘08.

Idea penataan langsir yang bersifat dwifungsi diketengahkan kerana menyedari ramai pemilik kediaman gemarkan konsep suai padan.

Kombinasi langsir nipis yang diberi sentuhan baru dengan kemasan tirai lembut menambahkan gaya eksklusif untuk tingkap atau ruang kediaman anda.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker