» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Dekotaman

DekoTaman Suasana hijau hidup bermakna

Teks dan gambar Mohd Amin Jalil
aminjalil@hmetro.com.my



KONSEP ketenangan dan kedamaian yang cuba diketengahkan pada laman kediaman menyerlahkan peribadi pemilik yang gemarkan suasana kehijauan penuh kelembutan.

Justeru, tidak hairan dia sanggup menghabiskan lebihan wang perbelanjaan harian setiap bulan untuk memastikan kediamannya nampak ceria, selesa dan sedap mata memandang.


Biarpun rumahnya hanya berstatus teres setingkat dengan kawasan amat terbatas, kedudukan lot tepi itu digunakan sepenuhnya untuk membina dekorasi impian.

“Sengaja saya menanam bunga dalam pasu kerana ia mudah dijaga dan keindahan semula jadi tanaman lebih terserlah. Lagipun, saya gemarkan suasana selesa, kemas dan bersih.

“Bagaimanapun, saiz pasu juga perlu diambil kira dan pelbagai bentuk pasu mampu menampilkan keunikan manakala susun aturnya perlu disesuaikan dengan kawasan yang ada,” kata Raja Halimah Raja Ismail, 53, dari Taman Seri Bayu, Senawang, dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Baginya, laman hijaunya itu memberi makna besar dalam kehidupannya sekeluarga kerana ia nyata membangkitkan senario kombinasi kehidupan alam yang saling memerlukan.

Minatnya menanam bunga sejak remaja menyebabkan dia tidak boleh meninggalkan aktiviti itu begitu saja dan diterjemahkan di halaman rumahnya dengan sokongan suami selain anak dan menantunya.

“Suasana hijau ini sememangnya menjadi idaman saya kerana ia memberi ketenangan dan hidup rasanya lebih bermakna serta segar,” katanya.

Menceritakan idea asal dalam membentuk dekorasinya tersendiri ketika mula menduduki kediaman itu pada awal 2004, Raja Halimah berkata ia terbit daripada daya kreativitinya sendiri selain melalui pembacaan bahan berkaitan dekorasi dan ruangan Dekotaman yang disiarkan Harian Metro.

Menurutnya, minat dan keinginan mendalam untuk membina laman sendiri memang penting.

“Bagi saya, ilham menghasilkan laman juga perlu disesuaikan dengan reka bentuk kediaman supaya ia tidak kelihatan terlalu sempit sehingga menyukarkan untuk dijaga.

“Di sinilah pentingnya kita menggunakan daya kreativiti supaya laman yang kita bina ini selesa dan tidak berserabut sehingga menjejaskan keindahannya,” katanya.

Menghias lamannya itu ialah pelbagai jenis keladi, sakat, pisang merah, palma dan lidah buaya manakala di penjuru terdapat kerusi tempat bersantai.

Untuk memastikan segala tanaman dan hiasan itu tidak terjejas, dia menabur baja dan menyiramnya pada waktu yang sudah ditentukan.

“Saya gembira dan puas hati kerana laman ini turut menjadi contoh kepada jiran serta rakan lain,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker