» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Dekotaman

DekoTaman Tali jut pelengkap aksesori

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my



KEMASAN bingkai gambar dan cermin yang diserikan dengan kehadiran tali jut kian popular serta mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini.

Reka bentuk, warna dan coraknya yang dapat dipadankan dengan semua konsep hiasan dalaman menyebabkan ia mendapat perhatian.


Berasaskan anyaman ringkas yang dipadankan dengan riben atau bunga, ia kelihatan menawan apabila dijadikan bermacam hiasan dalaman termasuk bingkai gambar, cermin dan tulisan khat.

Memanfaatkan nilai estetika dan seni dekoratif tali jut sebagai keindahan paling bermakna untuk ruang kediaman, Ferrovase Enterprise membawa keunikan tersendiri.

Terletak di Kampung Permatang, Kuala Selangor, ruang pameran Ferrovase Enterprise itu kelihatan kecil, tetapi berbeza dengan pelbagai jenis cenderahati, bingkai gambar, cermin dan landskap mini berlatarkan tali jut dipamerkan.

Menurut pemiliknya Azhar Tajudin, masyarakat negara ini gemar produk hiasan berasaskan sumber asli kerana ia lebih menarik dan kontemporari.

“Konsep hiasan dalaman klasik dan gaya kedesaan Eropah menjadikan produk berlatarkan tali jut sebagai pelengkap utama.

“Ketahanan tali jut itu antara faktor ia menjadi pilihan dan memiliki nilai kesenian tersendiri,” katanya.

Tali jut itu dibawa khas dari Filipina dan diwarnakan keemasan.

Bagaimanapun, pilihan warna asli tali jut tetap popular kerana sesuai untuk semua konsep hiasan dalaman dan mewujudkan suasana kedesaan.

Azhar berkata, kemasan tali jut pada bingkai gambar atau cermin lebih menarik dengan kehadiran gubahan bunga tiruan.

“Kemasan tali jut pada sebingkai gambar yang besar mengambil masa tiga atau empat hari untuk disiapkan.

“Ia juga boleh digunakan di pasu, dulang dan bakul,” kata anak kelahiran Kuala Selangor, Selangor itu.

Anda yang berminat menempah produk berasaskan tali jut boleh berkunjung ke Ferrovase Enterprise di No 441, Kampung Permatang, Kuala Selangor atau layari www.jut-kraf.890m.com.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Vroom

Bestari
lagi
it@Metro
lagi
Santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker