Perabot jati seri Aidilfitri
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
 |
KEMASAN perabot dan kelengkapan kediaman seperti aksesori hiasan dalaman berasaskan kayu pastinya menyerlahkan gaya penataan tersendiri seiring cita rasa pemiliknya. |
KEMASAN perabot dan kelengkapan kediaman seperti aksesori hiasan dalaman berasaskan kayu pastinya menyerlahkan gaya penataan tersendiri seiring cita rasa pemiliknya.
Dekorasi kediaman berlatarkan konsep tropika, kontemporari, klasik, warisan Melayu, Nusantara dan Bali lebih lengkap dengan kehadiran kemasan perabot kayu khususnya jati.
Ruang yang dulunya kusam dan kurang menarik perhatian menerima impak berbeza jika perabot jati diketengahkan selain menyuntik suasana mewah lagi eksklusif.
Terkenal antara peneraju harga patut perabot jati, Jatikraf di Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor kini menawarkan pelbagai koleksi perabot dan aksesori hiasan dalaman berasaskan jati.
Menurut Pengarah Urusan Jatikraf, Muhamad Zul Fahmi Saiful Bahari, Jatikraf yang beroperasi sejak lima tahun itu menawarkan pelbagai pilihan perabot jati dan reka bentuknya mengambil kira kehendak pelanggan.
“Pelbagai produk jati untuk kelengkapan kediaman anda ditawarkan di Jatikraf daripada set sofa, almari, meja makan dan aksesori hiasan untuk aneka gaya dekorasi.
“Semua kemasan dan perincian produk jati ini biasanya dilakukan di Jepara, Indonesia bersama keindahan garapan kehalusan seni ukiran yang terhasil,” katanya.
Muhamad Zul Fahmi berkata, persiapan menyambut hari raya di kediaman anda lebih bermakna kerana kini berlangsungnya promosi Istimewa Aidilfitri.
Promosi ini menampilkan perabot dan aksesori hiasan dalaman jati mengilhamkan rekaan menarik serta sesuai untuk semua jenis kediaman.
“Jika dulu, perabot jati dan aksesorinya hanya menjadi pelengkap kediaman mewah, kini sebaliknya kerana kewujudannya bagaikan satu kemestian untuk kebanyakan kediaman di negara ini,” katanya.
Seterusnya promosi Istimewa Aidilfitri menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat kerana setiap produk jati yang ditawarkan Jatikraf itu kelihatan unik dan berbeza.
Set Tamu Mawar Puteri dan Set Tamu Virginia Royal antara perabot ruang tamu jati yang menyerlahkan gaya mewah dan eksklusif jika diletakkan pada kediaman anda.
Reka bentuk praktikal, bermotifkan bunga-bungaan dan mementingkan ciri keselamatan untuk pelbagai produk jati termasuk Set Teratai dan Set Sawal turut membuatkan ia menjadi pilihan pemilik kediaman khususnya teres, kondominium dan pangsapuri.
Menariknya, promosi Istimewa Aidilfitri juga menawarkan harga berpatutan bagi produk jati yang sesuai diletakkan pada sudut santai.
Rekaan ringkas dan mencetuskan suasana santai, damai dan semula jadi membuatkan produk seperti Betawi Kipas D-2, Betawi Lengkung dan Madura Kerang mencuri perhatian pelanggan.
Bukan sekadar menampilkan seni ukiran terbaik, reka bentuk unik dan produk terjamin kualitinya, malah ruang pameran Jatikraf juga menginspirasikan idea dekorasi terbaik kepada setiap pelanggannya.
Setiap ruang pameran berkenaan mempunyai fungsi tersendiri dan reka letaknya bagaikan kediaman sebenar.
Ruang pameran yang luas juga secara langsung mewujudkan suasana selesa kepada pelanggan dalam membuat pilihan produk terbaik.
Anda yang berminat boleh mengunjungi ruang pameran Jatikraf di No 21, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor atau talian hotline 03-58917885 dan 012 9011102.
|
|