Aman Perdana hargai setiap pemilik
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
KEUNIKAN pembangunan hartanah Aman Perdana yang dimajukan Mah Sing Group bukan sekadar lokasi dan reka bentuk binaannya malah merangkumi pelbagai aktiviti berlangsung saban waktu.
Semua aktiviti diadakan di Aman Perdana terbuka kepada pelbagai kaum selain menghargai setiap pemilik kediaman.
Menerusi aktiviti festival kuih bulan dikenali sebagai ‘Mooncake Night Event’ yang dijalankan pada 13 September lalu, hakikatnya berjaya menarik lebih seribu pengunjung.
Pada masa sama, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai acara istimewa seperti sukan pentas, persembahan akrobatik Cina dan persembahan bunga api yang menakjubkan.
Seterusnya kemeriahan sambutan menjelang Aidilfitri, aktiviti seperti ‘Raya Bakery Fun’ bakal diadakan esok dengan kehadiran tukang masak terkenal Chef Aimilia.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan ‘Raya Bakery Fun’ kerana demonstrasi membuat pelbagai kuih raya aneka rasa pastinya melengkapi persiapan Aidilfitri anda.
Jangan lepaskan peluang kerana tempat terhad dan sekiranya berminat boleh menghubungi talian 013-2932593.
Tidak ketinggalan Aman Perdana yang terletak di Klang, Selangor turut menawarkan pakej istimewa raya dan diskaun kepada bakal pembeli kediaman di lokasi berkenaan.
Bagi kediaman banglo dua tingkat jenis EA yang berkeluasan tanah antara 50 kaki persegi x 80 kaki persegi manakala keluasan binaan pula ialah 2750 kaki persegi.
Fasa satu, 45 unit semuanya sudah dijual, sementara fasa dua kini dibuka dengan RM638,800 dan ditawarkan pada RM564,800 menerusi Pakej Penjimatan Istimewa Raya.
Bagaimanapun, tawaran berkenaan hanya untuk unit terpilih dengan penjimatan 5 peratus dan 7 peratus diskaun Bumiputra.
Apabila fasa satu dan dua kelak siap sepenuhnya, anda berpeluang menikmati tambahan diskaun 5 peratus untuk pakej berkenaan bagi lima unit jenis kediaman EA saja.
Selain tambahan penjimatan, bakal pemilik kediaman juga ditawarkan SPA percuma, perjanjian pinjaman dengan peguam panel dan MOT.
Meletakkan cita rasa dan kehendak pemilik kediaman sebagai aspek paling utama untuk segala reka bentuk dan konsep taman, Aman Perdana menginspirasikan segalanya.
Terletak di lokasi paling strategik iaitu jauh dari kesibukan kota dan keindahan alam masih terpelihara.
Anda yang berminat mengunjungi kediaman contoh dan galeri jualan Aman Perdana boleh menghubungi talian 013-2932593 atau 03-32913666 atau layari www.mahsing.com.my.
|
|