» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Buka penutup dengan satu tangan





NUMICO Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Numico Dumex) memperkenalkan pembungkusan baru yang menyenangkan pengguna dikenali sebagai EaZyPack untuk produk pemakanan kanak-kanak berjenama Mamil Gold.

EaZyPack adalah format pembungkusan yang inovatif dengan penutup yang boleh dibuka dengan satu tangan manakala sedikit tekanan dan bunyi ‘klik’ menunjukkan bekas sudah ditutup dengan kedap untuk mengekalkan kesegaran susu di dalamnya.

Satu lagi ciri baru dan penting yang dibawakan pembungkusan baru ini ialah tempat menyimpan pencedok di bawah penutup.

Oleh itu, pengguna tidak perlu memasukkan jari ke dalam susu untuk menyeluk pencedok, seperti yang terpaksa dilakukan ibu bapa atau penjaga selama ini apabila menyediakan susu untuk si manja.



Kaedah terbabit juga dianggap satu cara penyediaan susu yang lebih bersih.

Menurut Pengarah Pemasaran Numico Dumex, Jocelyn Ng, pembungkusan EaZyPack sememangnya lebih memudahkan pengguna ketika menyediakan susu.

“Kebersihan dan kesenangan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami apabila mereka bentuk pembungkusan ini. Menerusi EaZyPack, Numico Dumex mencipta sistem yang jauh lebih baik daripada pembungkusan lain yang ada di pasaran.

“Selain penutup yang inovatif, terdapat unjuran pada bibir tin untuk meratakan susu dalam pencedok bagi memastikan sukatan yang tepat.

“Justeru, tugas menyediakan susu untuk si manja menjadi begitu mudah,” katanya.

Mamil Gold EaZyPack boleh didapati di semua gedung Carrefour, Cold Storage, Giant, Jusco dan Tesco. Setiap EaZyPack 800g dijual pada harga RM42.20.

Untuk maklumat lanjut mengenai Numico Dumex, layari www.dumex.com.my

Carian Artikel



VARIASI

Ekspresi

lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker