» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Serum jerawat berasas air

Oleh Hartini Mohd Nawi



BERASASKAN bahan semula jadi, produk terbaru Secret Garden Acne Serum bertindak melembutkan kulit sekali gus membawa harapan baru untuk mereka yang mengalami masalah jerawat.

Serum jerawat tanpa warna dan berasaskan air ini adalah antara yang pertama di negara ini untuk membantu mengurangkan bengkak serta bintik merah ketara.

Menurut Pengarah The World of Secret Garden Sdn Bhd, Mohammad Razin Mohamat Noor, serum jerawat berkenaan ialah adunan unik tiga herba yang mengandungi unsur antibakteria dan antiseptik yang terbukti penggunaannya sejak berabad lamanya.

Ia turut disokong penyelidikan serta kajian moden dari negara Timur dan Barat.



“Kami mengambil ekstrak tumbuhan dan menonjolkan lagi rawatan menggunakan teknologi moden bagi mencipta serum yang bertindak lembut tetapi berkesan untuk membantu mengatasi masalah jerawat bagi semua peringkat umur.

“Maklum balas daripada kajian pengguna yang kami jalankan mendapati bahawa jerawat boleh menjadi antara penyebab hilangnya keyakinan diri seseorang,” katanya ketika pelancaran produk berkenaan, baru-baru ini.

Majlis pelancaran Secret Garden Acne Serum itu turut dihadiri Pengerusi The World of Secret Garden, Ahamad Mohammad.

Produk berkenaan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya sebaliknya berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semula jadi seperti dandelion, bunga kekwa dan artemisia vulgaris yang turut mengandungi unsur antibakteria dan antikeradangan.

Ekstrak dandelion ialah sumber asli kalium dan kaya dengan vitamin A, seterusnya membantu mencegah jerawat serta masalah kulit lain.

Sementara itu, ekstrak bunga kekwa digunakan bagi merawat kerengsaan dan keradangan kulit serta terbukti sebagai sebatian antibakteria dan antikeradangan.

Artemesia vulgaris pula adalah herba yang digunakan lebih 2,000 tahun lalu kerana daun dan pucuknya mengandungi unsur antibakteria dalam membantu melegakan jangkitan serta merangsang penyembuhan luka pada kulit.

Penggunaan serum secara rutin pula membantu mengeringkan bintik dalam masa beberapa hari dan menghalang penghasilannya yang baru selain membunuh bakteria penyebab jerawat.

Formula berasaskan air yang bertindak dengan lembut itu menyerap pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan sisa berminyak.

Ia juga tidak menyebabkan bahagian sensitif di sekitar jerawat menjadi kering dan menggelupas.

Gabungan kesan serum antibakteria dan antiseptik itu juga membantu mengurangkan bengkak dan kemerahan yang ketara serta membolehkan diri tampil yakin walaupun selepas mengalami masalah jerawat.

Pengenalan Secret Garden Acne Serum menandakan perluasan rangkaian jenama itu bagi produk penjagaan peribadi yang kini meliputi rawatan wajah, rambut dan penjagaan tubuh menggunakan ramuan semula jadi serta rahsia kecantikan tradisi.

Dijual pada harga RM18, serum jerawat berkenaan kini boleh didapati di seluruh farmasi terkemuka negara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker