» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Pasu kayu gaya Inggeris

Oleh Noriah Idris


TIADA had dalam membentuk ruang indah atau menata rias suasana ruang sekiranya mahu menguji kreativiti diri.

TIADA had dalam membentuk ruang indah atau menata rias suasana ruang sekiranya mahu menguji kreativiti diri.

Mengambil kira ruang, konsep warna, tona mahupun kesesuaian mengikut cita rasa, dekorasi diutarakan pasti mampu menyempurnakan lagi inspirasi seni.

Tidak lengkap jika sesuatu elemen yang berseni itu tidak disesuaikan dengan kesempurnaan ruang manakala material yang hendak diolah itu juga mestilah sesuatu yang indah.

Untuk menampilkan kelainan menerusi cita rasa Inggeris, pasu yang menjadi bahan hias dalam menghamparkan suasana indah di rumah atau pejabat boleh diolah dengan bahan kayu terpilih.



Menurut Pengurus Besar KK Home Deco, Jeff Lee, perhiasan rumah ala Inggeris misalnya pasu yang diperbuat daripada kayu ini adalah jenis yang tahan daripada anai-anai dan amat berkualiti.

“Dengan bentuk bunga lukisnya yang eksklusif, ia menarik ramai penggemar untuk menjadikannya sebagai koleksi.

“Tambahan pula, ia ditampilkan dalam pelbagai rupa menerusi bentuk dan saiz menarik,” katanya.

Bagaikan satu pakej lengkap, daripada bekas potpuri, jag, pasu besar bahkan almari kecil, segalanya memukau pandangan.

Untuk mereka cipta barangan, dia tidak lupa mengambil kira cita rasa masyarakat sesebuah negara.

“Kajian mengenai gaya hidup masyarakat itu turut saya terapkan dalam rekaan demi memberikan kepuasan kepada semua pelanggan,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Selain cawangan sekitar Lembah Klang iaitu di Jalan MRR2, Ampang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kajang dan Cheras, KK Home Deco berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Syarikat terbabit bakal membuka cawangan di setiap negeri malah Jeff berbangga kerana keluaran syarikatnya turut diintai syarikat dari luar negara termasuk negara Timur Tengah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk menghayati barangan yang membuatkan diri terpukau ini, kunjungi sendiri cawangannya di No 2-74, Blok A, Pasar Borong Nilai 3, Jalan 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan atau hubungi talian 06-7999085/ 016-2200559.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker