Gelak ketawa di Hotel Pyramid TowerPERSEMBAHAN Baba Nyonya, antara acara menarik untuk menghiburkan ibu di Atrium Cafe, Hotel Pyramid Tower, Petaling Jaya, Selangor.
Sambil bergelak ketawa bersama ibu dan keluarga tersayang, turut disediakan bufet Pan-Asia menerusi hidangan menyelerakan. Disediakan mulai jam 12 tengah hari hingga 4 petang Ahad ini, persembahan jenaka terbabit dijangka bermula pada jam 1.30 tengah hari manakala hadiah menarik disediakan untuk si ibu. Berasal dari Melaka, Kenny dan Fern yang berketurunan peranakan pernah membuat persembahan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dua pelawak terbabit memeriahkan suasana dengan kombinasi jenaka mereka dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, malah tidak ketinggalan, mereka menyanyi untuk menghiburkan pengunjung. |