» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Gabungan budaya muzik

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

JENAMA sukan terkenal, Adidas memperkenalkan himpunan pakaian dan kasut menarik, gabungan istimewa pelbagai budaya muzik bersama kecanggihan teknologi sukan, menerusi koleksi Sounds of the City.

JENAMA sukan terkenal, Adidas memperkenalkan himpunan pakaian dan kasut menarik, gabungan istimewa pelbagai budaya muzik bersama kecanggihan teknologi sukan, menerusi koleksi Sounds of the City.

Koleksi terbaru Adidas sempena meraikan kedatangan musim bunga dan panas kali ini ternyata dapat memenuhi selera anak muda yang gemarkan sesuatu gaya terkini serta bergaya.

Untuk koleksi terbaru berkenaan, Adidas menampilkan konsep agak berlainan daripada asalnya namun logo serta simbol jenamanya masih dikekalkan.

Selain muzik, Adidas turut menampilkan elemen persekitaran, budaya dan sukan dalam koleksi Sounds of the City berkenaan.



Lima himpunan menarik yang boleh didapati dalam koleksi Adidas Sounds of the City ialah Jam Master x, Alligator Records x, Tuff Gong x, Blue Note x dan MoTown x .

Koleksi Jam Master Jay x menampilkan pelbagai himpunan baju-T polo, jaket serta rekaan kasut terbaru, istimewa penggemar muzik hip hop.

Bagi yang menyukai gaya blues, koleksi Alligator Records x yang menyediakan pelbagai jenis rekaan baju-T serta jaket berbutang, paling sesuai dijadikan pilihan.

Kenangan legenda muzik, Bob Marley ketika menjayakan konsert di Kingston, Jamaica pada 1976 pula diabadikan pada koleksi Tuff Gong x.

Marley yang dikatakan gemar menggayakan fesyen seluar sukan dan jaket tentera, menjadi ikutan peminatnya di seluruh dunia.

Bagi yang menggemari irama jazz, himpunan Adidas Blue Note x paling sesuai manakala peminat irama 60-an dan 70-an, koleksi MoTown x pasti dapat memenuhi gaya yang diidamkan.

Semua himpunan berkenaan boleh didapati di kedai konsepnya di pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC di ibu negara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker