Bancuh susu mudah, lebih bersihFRISO Gold memperkenalkan inovasi terbaru - suatu konsep baru bagi Friso Gold 3 dan Friso Gold 4 iaitu pek dengan ciri kebersihan.
Ia adalah usaha berterusan Friso bagi meningkatkan keluaran produk yang bersesuaian dengan cara hidup sihat ibu di negara ini. Pek baru Friso memberi penyelesaian untuk golongan ibu. Sebelum ini, mereka perlu menggunakan pencedok di dalam tin dengan tangan. Ini menyebabkan susu tepung dalam tin mudah tercemar dengan bakteria. Kajian mendapati 80 peratus daripada penyakit berjangkit tersebar melalui sentuhan. Soal selidik dengan ibu di negara ini mendapati pencedok yang disediakan pada penutup menjamin kebersihan kerana pencedok berkenaan tidak bersentuhan dengan susu tepung. Konsep ini memberi lebih ciri kebersihan untuk mencedok susu tepung dan menyimpan semula pencedok. Paras sukatan susu tepung disediakan untuk memastikan setiap cedok adalah tepat, tambahan pula penutup lebih mudah untuk dibuka dan ditutup berbanding produk lain di pasaran. Friso juga mengandungi nutrien Frisoshield bagi menjamin si manja menikmati khasiat susu. Dengan adanya pek inovasi Friso Gold, kandungan nutriennya dapat dilindungi daripada pencemaran sekali gus membolehkan ibu menikmati lebih kebaikan. |