» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

50,000 kotak susu percuma





DUTCH Lady Malaysia (Dutch Lady) akan mengedarkan sebanyak 50,000 kotak susu percuma di seluruh negara pada 1 Jun depan bagi meraikan sambutan Hari Susu Sedunia.

Pengedaran susu percuma berkenaan adalah sebahagian daripada kempen Sebarkan Kebaikan Susu yang kini diadakan dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Malaysia Berhad, Hans Laarakker, berkata kempen berkenaan diadakan buat pertama kali untuk menyebarkan mesej kepada orang ramai mengenai kebaikan susu terhadap kesihatan badan.

Kata Laarakker, berdasarkan kajian, kebanyakan masyarakat di seluruh dunia termasuk di negara ini tidak mengambil susu sebagai minuman harian mereka dan hanya diambil sekitar sebulan sekali.



“Sebagai peneraju jenama susu di negara ini, Dutch Lady ingin menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat serta mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan faedah yang diperoleh jika mengamalkan minum susu.

“Susu bukan hanya sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, malah remaja dan orang dewasa juga harus minum susu setiap hari kerana ia mempunyai banyak khasiat serta zat vitamin seperti protein, kalsium untuk kesihatan tubuh badan,” katanya pada sesi penerangan kepada media di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Produk Kumpulan Nutrisi Keluarga, Dutch Lady, Sharon Tan serta selebriti jemputan, Yasmin Ahmad, Sahrizan Borhan dan Low Ngai Yuen yang turut sama berkongsi pengalaman mereka.

Dalam pada itu, Dutch Lady akan bergerak bersama konvoi empat radio popular iaitu Era, Mix, Hitz dan My ke seluruh negara pada 1 Jun ini untuk mengedarkan susu berkenaan.

Jumlah 50,000 kotak susu yang akan diedarkan berkenaan memang simbolik kerana ia juga bersempena ulang tahun Dutch Lady yang ke-50.

“Dutch Lady berharap semoga rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk mendapatkan susu percuma yang diedarkan di seluruh negara.

“Di samping itu, kami berharap semoga masyarakat lebih prihatin dan tidak mengabaikan keperluan pertumbuhan serta kesihatan badan mereka dengan meminum susu setiap hari,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker