» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Vono sokong tulang belakang

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


UMUM mengakui bahawa tidur yang cukup dapat mem bantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Tidur yang berkualiti meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental serta emosi sekali gus menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan berkualiti.

Bagi selebriti terkenal tanah air, Ziana Zain, dia sekeluarga amat mementingkan tidur yang cukup dan berkualiti untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.

Justeru, dia sanggup berbelanja lebih demi mendapatkan tilam yang berkualiti dan menjaga tulang belakang seperti tilam Vono keluaran Slumberland (M) Sdn Bhd.



Ziana menggunakan tilam Vono sejak 1998, sebelum di lantik duta jenama tilam berkenaan.

Beliau berkata, tilam Vona masih elok dan selesa dipakai walaupun mencecah 10 tahun.

“Tilam Vono istimewa kerana ia dihasilkan daripada tek nologi spring terkini United Kingdom menggunakan sistem sokongan intalok spinal.

“Teknologi itu mempunyai dua kali ganda spring untuk menghasilkan lebih sokongan berbanding tilam biasa,” ka tanya.

Katanya, spring berkenaan berfungsi membentuk badan dan memberi sokongan kepada tulang belakang.

“Tilam Vono mempunyai lebih banyak spring berbanding tilam biasa. Spring lebih banyak membuktikan sesuatu tilam itu lebih tahan lasak.

“Tilam Vono juga diperbuat daripada bahan bermutu tinggi iaitu gabungan kapas terpilih yang mampu memberi ke selesaan maksimum kepada pemiliknya.

“Tilam ini ternyata mampu membantu pemiliknya menjaga tulang belakang dan tilam Vono mempunyai jaminan 15 tahun,” katanya.

Katanya, kecantikan dan kesihatan tubuh badan amat penting bagi selebriti yang sering menjadi tumpuan serta seorang ibu sepertinya.

“Tilam yang selesa dan bermutu tinggi dapat memberikan kita tidur yang nyenyak dan berkualiti.

“Tilam ini sesuai untuk kanak-kanak serta membuatkan mereka tidur lebih nyenyak,” katanya.

Selain tilam, Vono mempunyai rangkaian produk lain seperti katil berserta tilam, bantal, pelindung tilam, bantal peluk dan sokongan kepala.

Terkini, Vono akan memperkenalkan model terbaru iaitu Back Supporter II, Back Supporter III dan Back Supporter Deluxe yang dihasilkan daripada spring poket I-Back.

Rangkaian tilam dan katil Vono berkenaan boleh didapati pada harga bermula daripada RM665 hingga RM1,575 (untuk tilam saiz Queen).

Carian Artikel



VARIASI

Ekspresi

lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker