myMetro

Al Jabbar lancar Family Dr




SELEPAS lebih setahun Al Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al Jabbar), anak syarikat Al Jabbar Group mendominasi pasaran mesin kesihatan di Malaysia dan Brunei melalui produk seperti Dr Jism, WaterPro, Reflexology dan Air Purifier, Al Jabbar tampil dengan produk terbaru berkonsepkan mampu milik iaitu Family Dr - mesin terapi moden rawatan alternatif popular masa kini.

Majlis pelancaran dilakukan sempena hari ibu di ibu pejabat urusan Al-Jabbar di Prima Saujana, Kajang, Selangor, ba ru-baru ini.

Pelancaran produk mesin terapi medan elektrik statik ini dilancarkan Che Hussain Che Mat, ayah kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Jabbar Group, Mohd Ka maruzaman Che Hussain bersama ibunya, Hasnah Harun.

Kamaruzaman berkata, produk kesihatan Family Dr ini adalah penyelesaian kepada masalah kesihatan. Ia membantu merawat pelbagai penyakit kronik seperti mesin terapi Dr Jism.

Harganya lebih murah dan ia sejenis mesin terapi yang mudah alih, kecil, ringan, dan mampu dimiliki semua.

“Melalui mesin terapi ini, kami berharap dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat dan kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.

Family Dr membantu merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, strok, asma, jantung, sakit buah pinggang, lemah-lemah sendi, stress dan lemah syahwat.

Beliau berkata, selepas menjalani terapi ini selama satu hingga dua minggu, pesakit akan mendapati perubahan pada taraf kesihatan mereka dan ada yang sembuh selepas men jalani terapi ini.

Bagi mereka yang ingin maklumat lanjut mengenai produk ini boleh melayari laman web Al Jabbar: www.alja bbar.com.my atau talian 03-87379476 atau 03-87346372 atau datang sendiri ke: No 13, Jln Prima Saujana 1/1A, Tmn Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini mereka boleh menggunakan kaedah Easy Payment dan pinjaman dise diakan bagi ahli-ahli koperasi yang berdaftar.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad