Usaha bimbing remajaTeks dan gambar Md Fuzi Abd Latehmdfuzi@hmetro.com.my LAPORAN media yang mengatakan ada lebih 3,000 pelajar terbabit dengan pelbagai jenis jenayah di seluruh negara memang mengejutkan.
Biarpun ada yang menganggap ia adalah satu angka kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar sekolah menengah di negara ini, sedikit sebanyak ia memperlihatkan hala tuju remaja kita kini. Begitupun, punca masalah berkenaan memang sukar di rungkai biarpun ramai yang menyalahkan kesan pemba ngunan negara yang tidak seimbang, pembangunan modal insan yang tidak diberi penekanan secara menyeluruh serta keruntuhan institusi keluarga. Justeru, Persatuan Penduduk Seri Anggerik 3 di Bukit Sentosa, Rawang, menubuhkan Persatuan Belia Perintis Re maja bagi menyatukan hala tuju generasi muda agar lebih berwawasan. Berusia kurang daripada setahun, persatuan berkenaan berjaya mengumpulkan lebih 30 remaja berusia 13 hingga 17 tahun di kawasan itu untuk membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Penyelarasnya, Azhar Sulong, berkata pada awal penubuhan, seramai 35 remaja mendaftar dan angka berkenaan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selain mempunyai aktiviti bagi memenuhi masa lapang mereka, remaja itu akan diberi bimbingan sewajarnya. “Remaja perlu ada jati diri dan sedia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang semakin mencabar. Keadaan ini me nuntut mereka sentiasa cekal dan berani menyahut apa juga rintangan dalam kehidupan. “Program disusun termasuk menubuhkan kumpulan kom pang Izhar, pasukan bola sepak, bola tampar, futsal remaja dan kumpulan remaja surau,” katanya pada majlis pelancaran persatuan berkenaan di Rawang, Selangor baru-baru ini. Majlis berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim serta ahli jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan iaitu Mohd Amin Md Tan, Mat Bain Dahalan dan Khairuddin Mohamad. Pengerusi persatuan, Mohammad Saiful Yassin, 15, berkata, persatuan berkenaan ditubuhkan tepat pada masanya kerana sebelum ini remaja di kawasan itu tidak mempunyai sebarang persatuan khusus untuk mengisi masa lapang. Ia juga dapat membantu mereka menghindarkan diri da ripada terjebak dalam gejala yang tidak sihat. “Menerusi persatuan ini, saya dan remaja di kawasan ini dapat menyertai pelbagai aktiviti secara berpasukan antaranya kegiatan sukan, gotong-royong, majlis perkahwinan dan khidmat sosial. “Saya berharap lebih ramai remaja di kawasan Bukit Sentosa menyertai persatuan ini bagi menggalakkan mereka me lakukan kegiatan lebih berfaedah dan membantu masyarakat setempat,” katanya. Rakannya, Nik Nurul Syazwani Ismail, 13, berkata, selain membabitkan diri secara aktif dengan program di sekolah, dia dan rakannya juga boleh berkongsi pengetahuan yang ada sesama ahli persatuan. “Persatuan ini bagaikan satu keluarga besar. Semua aktiviti dilakukan bersama dan ia secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara remaja dan penduduk di kawasan ini di samping meningkatkan lagi keyakinan diri,” katanya. |