Mihas bantu ekonomi KedahOleh Fairul Asmaini Mohd Pilusasmaini@hmetro.com.my PERBADANAN Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang ditubuhkan pada 1965 dalam Rancangan Malaysia Kedua adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan membantu Kedah menjana pembangunan ekonomi negeri berkenaan.
Dalam usianya memasuki lebih empat dekad, peranan PKNK masih lagi tertumpu sebagai agensi pelaksana pem bangunan ekonomi dan sosial, selaras dengan misi serta wawasan kerajaan negeri. Tertarik dengan peluang besar yang bakal diperolehi, ke rajaan negeri Kedah menerusi beberapa agensinya seperti PKNK, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (Upen), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan empat syarikat di bawah seliaan PKNK, turut menyertai Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) yang berakhir baru-baru ini. Penolong Pengarah Bahagian, Nurul Azyyati Ahmed Salmi, berkata untuk penyertaan kali pertama itu pihaknya mencari peluang yang lebih luas dengan membawa bersama lebih 80 produk daripada industri kecil dan sederhana (IKS). Menurut Nurul Azyyati, pihaknya berusaha mencari pa saran yang lebih luas untuk memasarkan produk dari negeri berkenaan bagi membantu ekonomi penduduk negeri Ke dah. Katanya, sehingga akhir tahun lalu, ada lebih 100 IKS di seluruh negeri berkenaan dan kebanyakannya tertumpu kepada industri makanan, herba, hasil pertanian serta per ikanan. “Penyertaan kami di Pameran Mihas berkenaan adalah semata-mata untuk mencari platform bagi mempromosi serta memasarkan produk halal Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa. “Penyertaan kali pertama Kedah pada Mihas ini nyata membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila beberapa produk IKS di negeri ini mendapat peluang pasaran ke negara Asia, Barat serta Timur Tengah seperti Iran, United Kingdom, Indonesia dan India. “Produk makanan seperti madu lebah Tualang keluaran Fama, keropok ikan LKIM, minuman dan makanan tam bahan daripada Dee Zee Herbal serta ubat-ubatan keluaran Penawar Industries mempunyai keistimewaan tersendiri. “Tidak hairanlah jika produk berkenaan mendapat sam butan yang amat menggalakkan daripada pengunjung yang hadir pada pameran berkenaan baru-baru ini,” katanya. Dalam pada itu Nurul Azyyati berkata, sepanjang lima hari pameran berkenaan berlangsung, pihaknya merekodkan jua lan hampir RM25,000 serta hampir 100 pertanyaan mengenai peluang perniagaan daripada pelbagai syarikat sama ada dalam dan luar negara. Kata Nurul, ia adalah satu permulaan yang baik bagi PKNK dan negeri Kedah sendiri kerana ia memberi peluang pe masaran yang lebih luas selain dapat membantu mening katkan ekonomi penduduk serta peserta IKS. “Melihat potensi besar yang diperolehi kerajaan negeri serta syarikat IKS, kami bercadang untuk tidak melepaskan pe luang menyertainya lagi pada masa depan. “Begitupun, pameran berkenaan bukanlah acara pertama yang disertai kerana sebelum ini kerajaan negeri juga aktif menyertai pelbagai program keusahawanan seperti Gerak Usahawan kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) di seluruh negara. “Ini membuktikan kerajaan negeri Kedah komited untuk membantu pengusaha IKS di negeri berkenaan mencari peluang pasaran yang lebih luas sekali gus menjana pen dapatan ekonomi penduduk,” katanya. |