» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Penduduk tubuh persatuan silat

Teks dan gambar Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my

MENGISI masa lapang dengan menyertai pasukan silat memang mempunyai faedah tersendiri kepada remaja.

MENGISI masa lapang dengan menyertai pasukan silat memang mempunyai faedah tersendiri kepada remaja.

Selain dapat meluaskan pergaulan serta menambah ke mahiran, ia dapat memupuk semangat setia kawan. Apa yang paling penting ialah kegiatan berpasukan berkenaan mampu mencungkil bakat kepemimpinan yang terpendam dalam diri mereka.

Menyedari kepentingan itu, penduduk Taman Perumahan Bukit Sentosa, Rawang, mengambil inisiatif untuk menu buhkan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia cawangan Seri Bakawali sejak enam tahun lalu.

Jurulatihnya, Mohamad Bahzan Bahrom, 26, berkata ahli pertubuhan itu sentiasa menunjukkan minat yang tinggi dengan menjalani latihan yang diadakan setiap minggu.



Menurut Mohamad Bahzan, peningkatan bilangan ahli menyertai kumpulan ini membuktikan remaja mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyertai kegiatan riadah yang menyihatkan.

Katanya, pasukan silat berkenaan mengadakan latihan setiap Jumaat selama sejam menggunakan kemahiran asas seperti bunga silat, tumbukan, sepakan, lompatan dan tamparan mudah. Ia turut mengenengahkan kemahiran lebih sukar untuk memantapkan keyakinan ahli.

"Sebenarnya idea untuk menubuhkan pertubuhan silat ini datangnya daripada Ketua Umno cawangan Seri Bakawali, Shafie Atan yang mahu remaja di kawasan ini mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat.

"Selepas enam tahun, pasukan silat gayung ini kini mem punyai lebih 40 ahli yang terdiri daripada remaja belasan tahun.

“Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia cawangan Seri Bakawali semakin dikenali dan sering diundang untuk me ngadakan pertunjukan di sekitar Rawang serta Hulu Se langor,” katanya.

Salah seorang ahlinya, Nur Shafinaz Shafie, 14, berkata, dia tertarik untuk menyertai pasukan silat berkenaan selepas menyaksikan satu pertunjukan tidak lama dulu.

Kata Nur Shafinaz, remaja terutama perempuan perlu mempelajari seni mempertahankan diri sebagai langkah persediaan sekiranya berdepan dengan situasi cemas kelak.

“Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, wanita harus mempunyai sedikit asas mempertahankan diri seperti pa sukan silat ini yang amat berguna ketika keselamatan ter ancam.

“Saya bertuah kerana keluarga menggalakkan saya dan dua adik menyertai pasukan silat ini. Kami turut dididik untuk menyimpan sedikit daripada belanja harian bagi mengumpul RM15 untuk membayar yuran bulanan.

“Sungguh menyeronokkan kerana dapat mengumpul ramai kawan baru di samping bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai topik selepas tamat latihan.

“Biarpun baru saling mengenali, perhubungan sesama ahli bagaikan adik-beradik,” katanya.

Bagi Mohd Shahril Ashraf Shafie, 10, penyertaannya dalam pertubuhan terbabit membolehkannya memanfaatkan masa lapang yang ada sepenuhnya dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.

Katanya, dia berazam untuk mencapai tahap tertinggi dalam seni mempertahankan diri berkenaan untuk menjadi individu yang disegani suatu hari nanti.

"Saya mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan keluarga untuk menyertai pasukan silat ini.

“Jika ada kesempatan, mereka turut turun padang me nyaksikan saya berlatih.

“Dengan sokongan padu yang diberikan, saya berazam mahu menjadi jurulatih silat untuk melatih generasi muda akan datang,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker