» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Clinique pulih kelembapan kulit





DALAM cuaca di negara Asia, kulit lazimnya terdedah kepada perubahan persekitaran yang melampau. Cuaca di luar kediaman ada kalanya sangat panas dan lembap manakala suasana dalaman pula sejuk dan kering.

Perubahan mendadak ini boleh menyebabkan keadaan kulit tidak terkawal sekali gus mengakibatkan kekeringan atau ketidakseimbangan.

Justeru, penggunaan produk pelembab yang baik untuk merawat kulit. Dalam dunia serba pantas kini, seseorang itu lazimnya banyak bergerak untuk tempoh lama serta terdedah kepada pelbagai perubahan cuaca.

Sama ada sejuk atau panas, kering atau lembap, di dalam rumah atau sebaliknya, teknologi baru di dalam produk Clinique Moisture Surge Extended Thirst Relief yang baru diperkenalkan membolehkan kulit menyesuaikan keadaannya dalam pelbagai perubahan cuaca.



Gel cukup ringan ini membantu memperbaiki keupayaan takungan kelembapan semula jadi kulit secara mendadak.

Ia turut mengenal pasti punca dan kesan kekeringan kulit, meresap jauh ke dalam lapisan kulit (stratum corneum) dengan pantas menerusi pembebasan kelembaban yang berpanjangan.

Menerusi teknologi peningkatan kelembapan ini, kesan kelembabannya lebih lama sehingga kira-kira 12 jam dengan mengambil kira suhu dan kelembapan. Ini membantu kulit sentiasa segar dan lembut sekali gus membantu mengurangkan garisan halus pada kulit.

Bahan dalam pelembab ini iaitu trehalose dan sorbitol meresap jauh ke dalam stratum corneum bagi membantu memaksimumkan keupayaan semula jadi kulit untuk menarik kelembapan daripada persekitaran biarpun dalam perubahan suhu dan kelembapan yang melampau.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Moisture Surge Extended Thirst Relief boleh digunakan sekerap mungkin di seluruh wajah.

Ia boleh digunakan sebagai pelembab muka dua kali sehari di samping dijadikan pelembab sampingan di atas solekan atau pelembap biasa.

Selain itu, pelembap terbabit boleh digunakan sebagai topeng muka wajah selama lima minit yang boleh disapu pada kulit yang bersih.

Mula berada di pasaran pada 4 Jun ini di kaunter Clinique di seluruh negara, produk berkenaan boleh didapati pada harga RM160 (50 mililiter).

Mulai hari ini, sampel produk untuk 300 pembaca bertuah boleh didapati di kaunter Clinique yang mengambil bahagian.

Kaunter yang boleh dilawati adalah Isetan, KLCC; Jusco Bandar Utama, Jusco Mid Valley, Parkson Subang Parade, Sogo Kuala Lumpur, Clinique @ Pavilion KL, Isetan The Gardens, Mid Valley City; Jusco Queensbay Mall, Pulau Pinang; Jusco Ipoh, Metrojaya Plaza Pelangi, Johor Bahru; Parkson Mahkota Parade, Melaka dan Parkson The Spring Mall, Kuching.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker