» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Uji ketahanan Kadet Bomba

Teks Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my


“PENDEDAHAN kepada aktiviti lasak yang mencabar dan menguji minda menjadi punca saya begitu tertarik untuk menyertai pasukan beruniform seperti Kadet Bomba ini.

“Selain mendidik ahli yang rata-rata terdiri daripada remaja supaya lebih berdisiplin, aktiviti yang diadakan pasukan berkenaan turut mencabar minda,” kata Kadet Bomba Daerah Klang, Najwa Mohd Maasus, 16.

Menurut Najwa, pelbagai pengalaman menarik diperoleh ketika mengikuti Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat negeri Selangor 2008 di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya, biarpun baru menyertai pasukan beruniform berkenaan, dia tertarik untuk menjadikan bomba sebagai kerjayanya kelak.



“Biarpun terpaksa berjauhan dengan keluarga selama empat hari, banyak pengalaman menarik diperoleh sepanjang mengikuti kem perkhemahan berkenaan.

“Antara yang paling tidak dapat dilupakan ialah ketika melakukan aktiviti menyelamat dalam air, meredah hutan menggunakan kompas dan aktiviti dalam kumpulan.

“Saya mengikuti setiap aktiviti yang diadakan dengan penuh minat dan berusaha dengan sebaik mungkin. Menjadi seorang anggota bomba memang menjadi cita-cita saya dan mudah-mudahan ia akan tercapai,” katanya yang turut dinobatkan sebagai Kadet Perempuan Terbaik Keseluruhan.

Dalam pada itu, perkhemahan selama empat hari tiga malam berkenaan disertai 10 kontinjen daerah iaitu Hulu Selangor, Sepang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling Perdana, Petaling Utama, Gombak, Klang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Program berkenaan disertai 320 remaja daripada pelbagai sekolah di 10 daerah berkenaan dan majlis penutupannya dirasmikan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Mohd Puzi Mohd Tabot yang mewakili Pengarahnya, Soiman Jahid.

Kadet mewakili daerah Hulu Langat, Siti Shakira Suhaimi, 15, pula berkata, pengalamannya ketika mewakili perkhemahan terdahulu digunakan sepenuhnya untuk membantu pasukannya muncul sebagai juara keseluruhan.

Kata Siti Shakira, semangat berpasukan yang tinggi serta tidak mudah mengaku kalah menjadi pegangan utama pasukannya sepanjang berada di perkhemahan itu.

“Kami berasal daripada sekolah berbeza, namun itu tidak menjadi alasan kenapa kami tidak boleh bekerjasama dengan baik.

“Kami tidak menaruh harapan tinggi, tetapi menetapkan tujuan untuk membuat sebaik mungkin bagi mewakili negeri kelak.

“Alhamdulillah, pasukan kami (Hulu Langat) memenangi acara kawad hos perempuan, kawad campuran menyelamat perempuan serta malam kebudayaan yang melayakkan kami dipilih sebagai pasukan terbaik keseluruhan,” katanya.

Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizan Saad, berkata, perkhemahan tahunan itu bertujuan memberi pendedahan kemahiran asas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Katanya, peserta enam pertandingan diadakan bagi menilai pencapaian setiap kumpulan sebelum mereka mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 12 hingga 16 Jun depan di Kuala Kangsar, Perak.

"Pelbagai aktiviti diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan minda peserta. Selain itu, lapan pertandingan turut diadakan iaitu kawad kaki, kawad hos individu, kawad hos basah, kawad menyelamat kering, kuiz kebombaan, mendirikan khemah dan malam kebudayaan sepanjang kem berlangsung.

“Turut diselitkan, demonstrasi menyelam dan menyelamat di tasik berhampiran untuk memberi pendedahan serta kemahiran pada ahli ketika berdepan dengan sesuatu operasi menyelamat kelak.

“Aktiviti kembara hutan, kerohanian dan latihan dalam kumpulan turut diadakan bagi menyediakan kadet untuk menceburi kerjaya sebagai seorang ahli bomba suatu hari nanti,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker