Bentuk jati diri remaja
Teks dan gambar Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
PERTUBUHAN Briged Komuniti serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa, Hulu Selangor, menganjurkan kem pengisian minda remaja, Smart Camp 2008 di The Woods Resort, Hulu Yam Bharu, baru-baru ini.
Kem disertai 70 remaja itu diadakan bagi membantu mereka mencari jati diri dalam menghadapi cabaran yang men datang.
Pengurus Program, Mohd Hasnizam Harun, berkata, kem yang ditaja sepenuhnya Badan Agama Islam Perodua (Baip) itu diadakan khusus bagi menyelami dunia remaja dan mendekati mereka terutama yang tinggal di kawasan Bukit Beruntung serta Bukit Sentosa, Rawang.
Pelbagai modul program disusun bagi mencari jalan terbaik menyelami jiwa generasi muda selain mendorong mereka bersikap lebih terbuka.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk meredah hutan, latihan dalam kumpulan, ceramah motivasi serta agama dan sukaneka.
Katanya, selain kaunselor serta guru sekolah berkenaan, program dua hari satu malam itu turut mendapat bantuan kepakaran fasilitator luar dari Darul Quran dan Baip.
“Gabungan tenaga pengajar itu bagi membantu melicinkan perjalanan program serta memastikan matlamat sebenar kem dicapai. Pembabitan mereka juga amat penting untuk mem bantu pihak sekolah mencari kaedah terbaik menangani masalah pelajar yang sedang menginjak alam remaja ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup kem berkenaan, baru-baru ini.
Peserta, Muhammad Akmal Abd Wahab, 17, berkata, dia memperoleh banyak pengalaman berguna sepanjang prog ram berkenaan termasuk sesat ketika menjalani latihan di dalam hutan.
Katanya, menghadapi detik cemas itu memang cukup mendebarkan, namun dengan sokongan rakan sepasukan, mereka akhirnya menemui jalan keluar.
“Pengalaman itu cukup berguna dan sebagai remaja, kita tidak seharusnya terlalu mengikut kata hati serta leka di hanyutkan godaan dunia.
“Sebaiknya, jika melakukan kesalahan, kita perlu mem pelajarinya dan jangan mengulanginya. Pada umur remaja seperti ini, kita lebih mudah untuk kembali ke pangkal jalan berbanding ketika tua,” katanya.
Rakannya, Easha Ramlee, 17, berkata, penyertaan kem sedemikian dapat meningkatkan keyakinan diri ketika meng hadapi cabaran hidup pada masa depan.
Biarpun kem berkenaan padat dengan aktiviti, dia dan rakan begitu seronok.
“Aktiviti yang disediakan tidak terlalu berat dan lebih kepada usaha untuk memupuk semangat berpasukan serta mengenal jati diri remaja seperti kami.
“Sesi ceramah yang diadakan memang cukup berkesan dan fasilitator berjaya menyuntik semangat baru.
“Selain itu, kem ini menjadi asas terbaik untuk remaja yang bakal terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas belajar di tingkatan lima kelak,” katanya.
|