Sweet Fruitale berseniOleh Noriah Idrisnori@hmetro.com.my SWEET Fruitale dipilih sebagai tema rekaan Nur Adibah Kamarus Zaman dengan aliran sabun berseni yang men jadikan gubahan hantarannya begitu comel.
Inspirasi bunga-bungaan dan bakul rotan dijadikan sesuatu yang berseni untuk menghasilkan gubahan tersendiri. Bahan digunakan adalah sabun, kain net, dawai lembut, labuci, bunga reben, gam berpelekat kuat atau gam lilin, kain renda dan reben. Cara membuatnya adalah dengan meletakkan sabun atas kain net diikuti dengan meletak gam di tepi sabun sebelum membalutnya kepada dua lipatan. Ambil dawai lembut, pintal di bahagian kiri dan kanan sabun seperti bentuk gula-gula. Seterusnya, letakkan gam di sekeliling tepi sabun dan lekatkan kain renda. Kemudian lekatkan bunga reben di atas dawai lembut yang sudah dipintal sebelumnya. Di hujung kain net itu, letakkan reben sebagai hiasan. Untuk lebih menarik, lekat labuci di sekitar atas sabun. |