» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Tauke buku terpakai

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my

WAJAHNYA yang sentiasa tersenyum kelihatan semakin ceria apabila mula bercerita mengenai himpunan bukunya yang menjadi bahan jualan di Internet.

WAJAHNYA yang sentiasa tersenyum kelihatan semakin ceria apabila mula bercerita mengenai himpunan bukunya yang menjadi bahan jualan di Internet.

Bilik sederhana besar yang sebahagiannya dipenuhi ber kotak-kotak buku di lantai serta koleksi edisi terhad ter simpan rapi di dalam almari kaca, kini menjadi pejabat tidak rasminya.

Di satu sudut bilik pula, terletak rapi komputer riba, kamera digital dan mesin penimbang kecil yang dianggap nyawa perniagaannya itu.

Bagi Yazmin Aliasak, 26, segalanya bermula secara tidak sengaja sewaktu rakannya bercerita mengenai penjualan kad prabayar di Internet secara dalam talian menerusi laman web eBay.



“Kebetulan ketika itu, banyak pakaian suami yang sudah tidak muat lagi lalu, saya cuba menjualnya menerusi eBay. Tak sangka, ia mendapat sambutan.

“Sejak itulah saya mula mencari benda lain yang boleh dijual di Internet. Memandangkan saya gemarkan buku, saya mula mencari buku terpakai khususnya novel berbahasa Inggeris untuk diniagakan di eBay.com.my,” kata ibu muda ini ketika ditemui di kediamannya di Bandar Seri Putra, Kajang, baru-baru ini.

Menyedari potensi perniagaan di Internet itu juga mem buatkannya tidak teragak-agak meninggalkan kerjayanya sebelum ini sebagai pegawai hal ehwal korporat di sebuah syarikat telekomunikasi.

“Dari dulu saya tercari-cari perniagaan yang boleh saya lakukan dari rumah bagi membolehkan saya mengimbangi tuntutan keluarga dan kerja.

“Malah, sejak duduk di rumah sambil menjalankan per niagaan di Internet, saya dapat rasakan perubahan pada anak saya khususnya anak sulung. Dulu dia sukar untuk ber interaksi tetapi kini, dia sudah rajin berbual,” katanya yang punya dua cahaya mata, Muhamad Danish Mohd Rizal, 3, dan Muhammad Firaz, kira-kira 10 bulan.

Sama seperti perniagaan lain, dia turut mengambil kira soal persaingan lantas, antara strategi dilakukannya adalah me mastikan buku jualannya dalam keadaan cukup baik.

“Buku terpakai yang saya perolehi haruslah dalam keadaan baik malah, saya membalutnya terlebih dulu sebelum di hantar ke pembeli.

“Seperti mana saya sayangkan buku, saya juga mahu pembeli menghargai buku yang bakal menjadi milik mereka sekali gus berpuas hati dengan khidmat perniagaan saya ini,” katanya yang mula menceburkan diri dalam perniagaan eBay hampir dua tahun lalu.

Harga buku jualannya pula, bergantung kepada kepopularan penulis buku berkenaan. Semakin terkenal seseorang penulis, semakin tinggi harga ditawarkannya.

“Pulangannya juga agak baik lantas, saya tidak teragak-agak untuk meninggalkan pekerjaan sebelum ini. Meskipun se belum ini melakukannya secara sambilan, perniagaan me nerusi Internet ini memang berbaloi apatah lagi jika me ngusahakannya bersungguh-sungguh,” katanya yang meng habiskan kira-kira empat jam sehari bersama eBay.

Lebih memudahkan, menurutnya, eBay turut memberi bimbingan termasuk mengendalikan bengkel mengenai ka edah menjalankan perniagaan menerusi Internet itu.

Tidak hanya mengehadkan perniagaannya untuk pasaran tempatan, Yazmin meneroka laman web eBay di serata dunia, bukan saja untuk memasarkan buku malah menawarkan koleksi edisi terhad seperti tin minuman dan kereta mainan yang pasti menjadi buruan penggemarnya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker