» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kisah Cicak Yang Malang - Siri 1: Hello dunia, aku pantang mengalah!





WAH, hari ini aku berasa sangat sihat, udara pun rasa nyaman! Keadaan suhu yang suam-suam panas dalam rumah ini membuatkan aku lebih selesa.

Hari yang bagus untuk meneroka kawasan baru. Sebelum mula meneroka dengan lebih jauh, baik cari sarapan dulu, maklumlah, sarapan adalah hidangan harian paling penting.

Jangan tertipu, walaupun badanku yang kelihatan sekecil 10 sentimeter (sm), aku masih membesar dan akan terus membesar hingga 15 sm. Jadi, marilah makan. Manusia selalu terpedaya dengan saizku yang kecil ini, tetapi yang mereka kurang ketahui adalah aku sebenarnya boleh melakukan pelbagai benda luar biasa walaupun bersaiz sekecil ini.

Warna kulit yang berwarna coklat cair dan tekstur kulit yang bergetah membolehkan aku senang bersembunyi serta ber gerak tanpa dikesan. Seronok rasanya!



Dengan kehadiran moyangku yang berada di sini sebelum manusia, aku rasa dapat memberi gambaran yang jelas bahawa spesies akulah antara yang berkuasa dan berjaya menakluki dunia ini terdahulu.

Tetapi sekarang semakin ramai manusia berada di sini dan aku rasa hidup akan menjadi lebih sukar. Tak mengapa, pantang nenek moyangku, aku bukan seekor cicak yang senang mengalah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bukan? Jadi, ikut rasa perut, kenalah cari makanan dulu.

Wah, lebih senang daripada yang disangka. Banyak betul semut berkeliaran di sini, ke mana arah tujuan mereka hari ini? Muahahahaaa!

Semut menuju ke atas meja rupanya, bermacam benda berwarna-warni kelihatan di sana, seperti sedang berpesta.

Rajin sungguh warga semut berjalan dalam satu barisan mengumpul makanan, lebih senang untuk aku mengesan sarapanku. Dari pandangan dalam dinding di sini kurang nampak, baik aku ke arah cahaya luar dekat dengan lampu di sana.

Ish! Sejuknya dinding jubin ini. Baik aku balik berjalan atas dinding biasa ini dan terus ke lampu, sekurang-kurangnya warnaku lebih kurang sama dengan dinding, kurang kelihatan kepada si manusia. Memang aku seekor cicak yang bijak.

Taktik untuk sarapan hari ini, jalan mengelilingi semut supaya tidak kelihatan, hampiri makanan berwarna-warni dan makan. Tak sabar rasanya!

Kalau bukan kerana aku lapar dan koloni semut yang besar, tak perlulah aku merangkak mengikut jalan jauh dinding besar ini. Tak mengapa, tumpukan perhatian pada makanan berwarna-warni yang semakin hampir.

Setahu aku dinding besar ini selama ini memang sering kugunakan untuk mendapatkan makanan di atas meja sana. Alamak! Apa ini, tolong tolong!!!

Mengapa tapakku tak melekat lagi? Apa sudah jadi? Ta nganku setahu aku tak pernah licin. Tidak!!! Aku semakin dekat jatuh ke meja!!

Aduh!!! Malangnya nasibku hari ini. Dahlah tidak dapat makanan, jatuh pula di atas meja ini. Sakitnya!

(Kisah bersiri kehidupan cicak yang malang ini dibawakan oleh Ridsect Lizard Repellent. Bagi memastikan rumah anda bebas daripada cicak yang menganggap dirinya sebijak ini, atasinya dengan penggunaan semburan penghalau cicak yang tidak mengandungi bahan toksik).

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker