myMetro

Pakej perkahwinan dalam air




SETIAP insan, lelaki atau wanita mengimpikan untuk memiliki pasangan hidup yang setia menemani hingga akhir hayat.

Lelaki dan wanita sememangnya dicipta untuk saling me lengkapi dan ia fitrah azali yang tidak mungkin diubah.

Namun, apabila membicarakan mengenai pasangan, perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran ialah perkahwinan yang menyatukan hati dua insan.

Sekiranya ingin menikmati sesuatu yang agak unik, Hotel Hilton Petaling Jaya (Hilton PJ) menyediakan pakej per kahwinan dalam air yang cukup menarik.

Menurut Pengarah Jualan Bankuet Hilton PJ, S Kugan, pakej perkahwinan dalam air adalah pertama seumpamanya yang disediakan oleh hotel bandar di Malaysia.

Katanya, pasangan bakal raja sehari terutama di Selangor atau Kuala Lumpur tidak perlu pergi jauh untuk melakukan perkahwinan dalam air kerana kemudahan berkenaan ada disediakan di hotel berkenaan.

“Biasanya, jika ingin melakukan perkahwinan dalam air, ramai pasangan yang akan berkunjung ke pulau di Sabah atau Sarawak dan ia membabitkan kos tinggi.

“Sebagai alternatif, Hotel Hilton Petaling Jaya menyediakan pakej perkahwinan dalam air menarik pada harga RM165++ seorang (minimum 60 orang).

“Pakej perkahwinan berkenaan menjimatkan masa dan memenuhi bajet kewangan pasangan bakal pengantin,” ka tanya.

Pakej lain disediakan termasuk pakej idaman termasuk hidangan tradisional Melayu, pelamin, minuman, set me renjis, bilik untuk kegunaan pada hari majlis, ukiran ais, cenderahati untuk tetamu, dekorasi tangga dan kek per kahwinan.

Jika inginkan kelainan, pasangan pengantin juga boleh memilih pakej perkahwinan Cina dan perkahwinan cahaya (lazimnya untuk masyarakat India) serta pakej perkahwinan Barat.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad